Wednesday, November 12, 2014

RON97 yang diapungkan tak turun harga, nak apungkan RON95 pula?


Asasnya cadangan dari Ketua Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Research ini iaitu apungkan harga minyak RON95 ini adalah baik untuk rakyat Malaysia.

Selain itu ianya boleh digunakan oleh pentadbiran Najib untuk terus memperbodohkan rakyat yang tidak tahu menahu harga minyak dunia dengan mengatakan ini bukti Kerajaan prihatin dengan keperitan hidup rakyat..

Tapi apa yang Ketua Ekonomi Maybank itu terlupa ialah RON97 telah diapungkan oleh Kerajaan mengikut harga semasa pasaran dunia kononnya..

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran lapor Bernama

Malangnya RON97 yang diapungkan harganya ituterus terapung-apung dan tetap tidak turun walaupun harga petrol dunia semakin merudum.. apung sangatlah tu..

Laporan berkaitan..

Kerajaan wajar memanfaatkan aliran harga rendah minyak mentah dunia dengan mengapungkan harga petrol RON95, mengikut harga pasaran.

Sebelum ini, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan berhasrat berbuat demikian, di samping menyediakan dasar subsidi petrol yang lebih khusus kepada kumpulan berpendapatan rendah, dan berikutan kejatuhan harga minyak semasa, mengapa tidak dilakukannya sekarang?

Ketua Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Research, Suhaimi Ilias mengunjurkan kejatuhan harga minyak dunia sekarang ini akan kekal untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

"Melihat kepada keadaan ini, lebih baik apungkan harga runcit RON95.

"Dengan berbuat demikian, harga minyak akan menjadi rendah dan ini merupakan perkhabaran baik untuk rakyat daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata kali terakhir harga minyak mentah jatuh ke tahap sekarang ialah pada 2010, dengan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada US$79 setong dan Brent pada US$88.

Ketika itu, RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter sebelum dinaikkan kepada RM2.30 seliter sekarang, termasuk subsidi kerajaan sebanyak 28 sen seliter.

Pada RM2.30 seliter, ahli ekonomi menganggarkan tanpa subsidi, harga minyak mentah dunia akan berlegar sekitar US$84.80 setong.

Hari ini, harga minyak mentah Brent US$82.34 setong dan WTI pada US$78 setong.

Pada hakikatnya kerajaan sedang melakukan usaha terbaik untuk membantu keperluan rakyat, dan pada masa yang sama memastikan kemampanan ekonomi negara.

Ini terbukti daripada sasaran mekanisme subsidi minyak akan datang yang bakal diperkenalkan pada Jun tahun depan, serta, pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan ke atas RON95, diesel, gas petroleum cecair, berkuat kuasa mulai April akan datang.

Suhaimi berkata walaupun mekanisme subsidi ini merupakan idea yang baik, ia akan mengambil masa yang lama untuk menjadi kenyataan disebabkan pihak berkuasa perlu menjalankan ujian perintis untuk program itu. – Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails