Friday, November 14, 2014

Pulangkan Bible, Azmin dipuji pelbagai pihak..


Rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa memuji Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung tindakannya memastikan lebih 300 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban dipulangkan kepada masyarakat Kristian hari ini.

Menggunakan media sosial Twitter, ramai umat Islam mengucapkan tahniah kepada timbalan presiden PKR itu kerana melakukan perkara yang betul, walaupun hakikatnya keseluruhan episod itu dicetuskan pihak berkuasa agama yang membuat serbuan terhadap Pertubuhan Bible Malaysia awal tahun ini.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menulis: “YAB Dato MentriBesar @AzminAli Wise Move Not too late but also not rushing We are brothers under one roof MALAYSIA!” (Tindakan Bijak Tidak terlalu lambat tidak juga terburu-buru. Kita bersaudara di bawah satu bumbung Malaysia!)

Seorang lagi pengguna Twitter @MohdZuhairi menulis: “@AzminAli hormat agama lain. Inilah Islam. Tahniah @AzminAli!”

“Tahniah kepada Azmin Ali MB Selangor kerana memulangkan Bible. Tetapi, isu rampasan Bible ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku," kata pengguna lain menggunakan nama @MohdAmeerulAmde pula.

Mohamed Afiq Tam, menggunakan Twitter dengan nama @1957tammal, menulis: “well done (syabas) YAB Azmin” sementara @zahidmnaser menulis: “good job (bagus) azmin ali”.

Morithi Govindas (@CikguMoorthy), menulis: Syabas Dato Azmin Ali, semoga Allah mencucuri rahmat anda. Tq”.

Ramai juga menyuarakan perakuan mereka terhadap kepimpinan Azmin sebagai menteri besar yang baharu, seperti tweet @mustaphakamal93: "Aku Semakin meminati cara gerak kerja MB Selangor baru. Teruskan kerja yang baik.”

Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 23 September, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid dikritik oleh DAP dan juga bekas partinya sendiri, PKR, kerana tidak mengambil pendirian kukuh terhadap isu Bible yang berlarutan selama berbulan-bulan dengan tiada sebarang ketetapan.

K.Kumar (@2sayornot2say) dalam tweetnya berkata: "Ramai yang bercakap tetapi hanya sedikit yang bertindak. Rahmat kepada anda dan pasukan anda. Berkhidmatlah untuk Selangor dengan baik. Kami perlukan anda."

Teresina tweet menggunakan nama @caritasintruth menulis: "Azmin, anda harapan kami untuk masa depan sebuah negara demokratik yang lebih baik! Syabas Azmin."

Elsie Low (@LowElsieLow54) menulis: "Lelaki yang baik hanya melakukan apa yang betul. Pastikan keberanian moral sentiasa bersinar. Kami rakyat Selangor bangga mempunyai anda sebagai Menteri Besar kami!"

Ram AJ (@_Ram_AJ) berkata: “@AzminAli by his majestic deed has exemplified to the world the love & respect for humanity regardless of religion.” (Azmin Ali dengan tindakan hebatnya menunjuk kepada dunia contoh sayang dan hormat terhadap kemanusiaan tanpa mengira agama.)

Pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional, MIC dan Gerakan juga mengucapkan tahniah kepada Azmin kerana berjaya menyelesaikan isu yang gagal dilakukan penyandang terdahulu.

“Well done YB @AzminAli. You are truly a leader for Malaysians (Syabas Azmin. Anda pemimpin sebenar rakyat Malaysia),” tweet pengarah strategi MIC S. Vell Paari yang menggunakan akaun nama @vellpaari.

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang juga mengiktiraf usaha Azmin, namun turut menuduh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berbohong sebelum ini kerana mengatakan isu Bible itu di luar bidang kuasanya.

"Tahniah kpd MBAzminAli kerana kerana kembalikan Kitab Injil... Harap Krjn Pakatan Selangor hormat org Kristian & jangan lagi rampas Kitab Injil," tweet beliau.

Ia diikuti tweet berikutnya: Keupayaan Azmin mengembalikan Bible kepada orang Kristian juga membuktikan PR berbohong sebelum ini mengatakan seolah-olah perkara itu di luar bidang kuasa mereka.

Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor itu, hari ini dikembalikan kepada masyarakat Kristian di Sarawak melalui Persatuan Gereja-gereja di Sarawak pada satu majlis rasmi di istana Selangor pagi tadi.

Selepas majlis itu, Azmin menulis dalam tweetnya: "Satu penyelesaian yang baik kepada isu rampasan Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah."

Menurut Majlis Agama Islam Selangor, ia diserahkan kepada Kristian Sarawak dan bukan persatuan di Semenanjung selaras dengan syarat ketat di negeri itu yang bahan bacaan tersebut tidak boleh diedarkan di Selangor, terutama di kalangan umat Islam lapor The Malaysian Insider


..... Dengan penyerahan secara terhormat kitab Bible berkenaan maka berakhirlah kontroversi mengenai kitab berkenaan yang berlarutan sehingga setahun. Walaupun berbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kontroversi rampasan kitab itu, tetapi ia gagal. Puak penganut Kristian kesal dan marah dengan rampasan berkenaan kerana ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak adil dan menuntut agar ia dikembalikan kepada mereka.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat rampasan itu kerana menganggap pengedaran kitab berkenaan di Selangor telah melanggar Enakmen 1988 Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Bekas MB Abdul Khalid Ibrahim walaupun disarankan menyelesaikan isu berkenaan, tetapi gagal untuk menyelesaikannya, dan sehinggakan isu itu memakan dirinya sendiri. Partinya PKR telah beberapa kali meminta Khalid mengembalikan kitab yang dirampas itu selepas Peguam Negara memutuskan tidak ada pendakwaan ke atas pemilik kitab berkenaan, tetapi beliau tetap bersikap "lembu kenyang".

Keengganan dan kegagalan Khalid mengatasi masalah itu dengan baik juga menyebabkan orang bukan Islam khasnya penganut Kristian tidak senang dengan corak pentadbiran beliau. Ia memberi impak buruk kepada kerajaan Pakatan di Selangor dari kalangan bukan Islam.

Sebaliknya beberapa NGO yang fanatik dan ortodoks agama pula memberi sokongan kepada Khalid dan juga Jais agar mengambil sesuatu tindakan ke atas pemilik kitab berkenaan termasuk mendesak agar ia tidak diserah balik kepada Kristian.

Khalid dilihat lebih mendengar desakan NGO fanatik dan ortodoks berkenaan berbanding dengan nasihat daripada ketua partinya. Khalid tidak memahami maksud dan tujuan NGO berkenaan memberi sokongan kepdanya yang membawa rebah.

Silalah sambung bacaan anda di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails