Tuesday, November 4, 2014

Prosiding rayuan kes tuduhan liwat Anwar dijangka berlanjutan hingga esok


Prosiding rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berlanjutan sehingga esok.

Barisan peguam bela Anwar, Ramkarpal Singh memberitahu media yang menunggu di lobi Mahkamah Persekutuan bahawa peguam perayu akan memulakan hujah balas pada pukul 2.30 petang nanti sejurus barisan pendakwa raya menamatkan hujah pada pukul 1 petang.

Ramkarpal berkata, hujah balas peguam perayu juga akan disambung esok. "Kita ada empat peguam yang akan membentangkan hujah balas hari ini.

Ia akan dimulakan oleh Sangeet Kaur Deo kemudian disambung oleh Gobind Singh Deo dan kemudian mungkin saya.

Penutup akan dilakukan oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai barisan peguam bela. "Hujah balas ini dijangka akan berlanjutan sehingga pagi esok.

Saya ragu keputusan kes akan diumumkan esok. Ia mungkin mengambil masa," kata Ramkarpal.-UTUSAN ONLINE

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails