Thursday, November 6, 2014

Projek 1BestariNet bernilai RM1 Billion ni nak jadi 'Gajah Putih' jugak ke?


Inilah bezanya perlaksanaan projek mega di zaman Tun Mahathir dan di zaman Najib, walaupun aku tak sokong Mahathir tapi aku akui kebanyakkan projek meganya adalah berjaya..

Kebanyakkan bukannya semua, antara yang berjaya ialah Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Utara Selatan manakala yang kurang berjaya pula ialah pembangunan KLCC sebab ada yang kata masih banyak ruang pejabat yang kosong..

Jambatan Pulau Pinang kini menyaksikan puluhan ribu kenderaan melintasinya begitu juga Lebuh Raya Utara Selatan yang mencecah jutaan penggunanya setiap bulan..

Dan disamping berjaya memendekkan masa perjalanan dan memberi faedah buat rakyat projek-projek ini juga memberikan kekayaan kepada kroninya.

Mahathir dikatakan sanggup membayar beberapa orang yang pakar dalam bidang yang berkaitan dengan projek yang hendak dilaksanakannya sebelum menjalankannya.. tapi Najib?

Cuba bandingkan antara dua jambatan di Pulau Pinang, satu dibina semasa era pentadbiran Mahathir manakala satu lagi semasa Pentadbiran Najib.. yang mana lebih berjaya?

Selain itu ini satu lagi projek di zaman Najib.. RM1 Billion dibelanjakan tapi hanya 3% pelajar sekolah menggunakannya..

Manfaatnya bukan tak ada tapi tak berbaloi langsung dihabiskan RM1 Billion itu jika hanya 3% pelajar dari seluruh negara menggunakannya..

Bagaimanapun.. kroni mereka juga yang berjaya menambahkan kekayaan...

DAP hari ini menyuarakan rasa khuatir terhadap nasib projek pembangunan teknologi maklumat di peringkat sekolah berbilion ringgit, 1BestariNet yang bakal menemui kegagalan seperti projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari. 
Zairil berkata berdasarkan jawapan bertulis Kementerian Pendidikan yang diperolehinya di Dewan Rakyat semalam, kemudahan teknologi maklumat bernilai lebih RM1 bilion yang dibangunkan untuk kegunaan pelajar sekolah, termasuk 1BestariNet dan Virtual Learning Environment (VLE) hanya digunakan kurang 3% pelajar sekolah di seluruh negara. 
"Lebih setahun saya membangkitkan kebimbangan berkenaan pelaksanaan projek 1BestariNet untuk pemasangan broadband berkelajuan tinggi 4G di sekolah, termasuk VEP yang bertujuan sebagai platform untuk e-pembelajaran," kata Zairil dalam satu kenyataan hari ini. 
"Jawapan itu menunjukkan penggunaannya sangat minimum di sekolah-sekolah. Ini membangkitkan persoalan sama ada 1BestariNet akan menerima nasib sama seperti PPSMI, apabila lebih RM3 bilion dibelanjakan untuk kelengkapan IT PPSMI, namun tidak semuanya digunakan." 
Jawapan Parlimen kepadanya menyatakan, setakat ini sejumlah 8,886 sekolah dilengkapi kemudahan berkenaan dan data di antara 5 September hingga 11 September 2014 menunjukkan hanya sejumlah 137,237 pelajar mengaktifkan ID VLE. 
Daripada jumlah itu, hanya seramai 76,096 atau 55% yang menggunakannya lebih daripada 30 minit seminggu, kata Zairil. 
"Dalam erti kata lain, selepas lebih 2 tahun, ia hanya digunakan kurang 3% pelajar. 
"Purata ini dianggarkan dengan 15 orang pelajar setiap sekolah. Namun, jumlah pelajar yang menggunakannya lebih 30 minit seminggu hanya sekitar 9 orang setiap sekolah," katanya. 
Pembantu setiausaha kebangsaan DAP itu turut berkata, dengan kegagalan itu, kementerian pendidikan seharusnya memberikan penjelasan sama ada syarikat YTL yang dianugerahkan projek itu akan tetap menerima sambungan kontrak ataupun tidak. 
"Pada masa sama, kementerian juga harus menerangkan bagaimana mahu meningkatkan penggunaan sistem ini secara maksimum. 
"Dan juga pada masa sama bagi memastikan berbilion duit pembayar cukai tidak dibazirkan untuk projek gajah putih seperti ini," katanya lapor The Malaysian Insider

Takkanlah langsung tak dibuat research sebelum projek ini dijalankan??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails