Thursday, November 20, 2014

Pesanan Sultan Pahang Buat Pengundi Di Cameron Highlands


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.

Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat turut menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.

Sultan Ahmad Shah juga mengakui bahawa kegiatan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng.

“Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Beta sudah penat dengan semua ini, beta tidak dapat menghentikan (kegiatan) kerana mereka menggaji kumpulan samseng.

“Mereka (peneroka haram) melakukannya di dalam negeri beta, sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan serta-merta. Semua tertakluk kepada undang-undang, beta sebagai pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.

“Dalam hal ini, beta berharap kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana mereka mempunyai kelengkapan secukupnya menerusi agensi-agensi sedia ada,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam sidang akhbar selepas berkenan mencemar duli melawat kawasan Lembah Bertam yang terjejas ekoran banjir kilat pada 5 November lalu di sini hari ini. Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob lapor Utusan

Dalam masa yang sama Baginda juga mempersoalkan sikap lepas tangan Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri G. Palanivel dan memberikan amaran buat beliau yang juga kelihatan seperti pesanan buat semua pengundi di Parlimen Cameron Highlands..

CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri G. Palanivel yang dilihat seolah-olah bersikap ‘lepas tangan’ berhubung kejadian banjir yang melanda daerah itu. 
Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut. 
“Apa yang telah beliau lakukan? Tiada apa. Rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku. 
“Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikannya kepada rakyat? 
“Beritahu beliau supaya buat sesuatu dengan segera. Saya serius mengenai perkara ini,” titah baginda di sini hari ini. 
Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli melawat Lembah Bertam yang terjejas ekoran kejadian banjir kilat pada 5 November lalu. 
Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Sultan Ahmad Shah mengingatkan Palanivel, sekiranya masalah itu tidak diselesaikan segera, baginda serta rakyat tidak akan memilih beliau sebagai Ahli Parlimen lagi.  
“Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan sendiri terlebih dahulu.  
“Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri,” titah baginda ~ Utusan

Bagi aku.. titah baginda yang terakhir tu sangat sesuai ditujukan kepada semua Ahli Parlimen baik dari BN mahupun PR walau dimana mereka berada..

Aku ulang... “Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri,”

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails