Sunday, November 30, 2014

Pertahankan Tanah Rizab Melayu?.. Najib buat lawak ke nih?


Apa yang perlu kita tahu mengenai tanah rizab Melayu setelah 57 tahun negara merdeka dan 57 tahun juga UMNO/BN memerintah majoriti negeri dan memerintah negara amnya jumlahnya kini menyusut kepada hanya tinggal 12% saja..

Penyelidikan yang dilakukan termasuk oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd. Hasrol Haffiz Aliasak membongkar fakta penyusutan keluasan dan realiti terbaharu itu.

Ia sesuatu yang mengejutkan dan pasti menggusarkan orang Melayu iaitu tentang Tanah Rizab Melayu, yang dilindungi untuk kepentingan anak cucu bangsa pribumi negara ini.

Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.

Satu daripada tujuh wasiat raja-raja Melayu itu menyebut: "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

Amanat raja-raja Melayu itu dimaktubkan dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri mengisytiharkan Tanah Rizab Melayu dan melarang sebarang bentuk penjualan ataupun pajakan tanah itu kepada bukan Melayu.

Secara tidak langsung, ketetapan itu mengukuhkan kedudukan dan kuasa Enakmen Rizab Melayu yang telah wujud seawal tahun 1913 iaitu kira-kira 100 tahun dahulu bagi menjamin pemilikan tanah oleh orang Melayu di bumi milik nenek moyang sendiri.

Wasiat raja-raja Melayu nyata jauh daripada sasaran. Kajian pada 2009 mendapati keluasan tanah berkenaan hanya kira-kira 12 peratus daripada 12.9 juta hektar keseluruhan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.

Realitinya, kelemahan pengurusan di peringkat kerajaan negeri menyaksikan banyak tanah berstatus Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti semula selepas dilupuskan statusnya.

Semakin hari semakin mengecil keluasan Tanah Rizab Melayu iaitu daripada keluasan 3.1 juta hektar (23.92 peratus) pada tahun 1931 kepada 1.57 juta hektar (11.99 peratus) pada tahun 2009.

Cukup menyedihkan, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu juga pernah mencatatkan angka yang cukup rendah iaitu 1.30 juta hektar (9.9 peratus) pada tahun 1983.

Mengambil contoh perbandingan berdasarkan negeri, Perak yang pada satu ketika pernah mencatatkan keluasan Tanah Rizab Melayu sebanyak 1.4 juta hektar pada tahun 1921 telah menyusut kepada 309,051 hektar pada tahun 2009.

"Penyusutan berkali-kali ganda ini tidak hanya sebuah negeri sahaja, malah negeri-negeri seperti Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mencatatkan penurunan lebih 50 peratus daripada jumlah asal yang diisytiharkan Tanah Rizab Melayu.

"Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor telah menyumbangkan peningkatan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu sebagaimana disaksikan dalam statistik tahun 1947 namun trend penurunan kemudiannya dapat dilihat di beberapa buah negeri," kata Mohd. Hasrol Haffiz.

Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM.



Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.

Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing.

Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah BN

Mengambil tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.

Di Johor pula

Kerajaan Negeri yang dikuasai UMNO mengambil 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.

Yang paling teruk ialah tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek WPI juga telah dijual kepada Cina Singapore yang dibenci macai kononnya..

Di Melaka,

Kerajaan Negeri yang dikuasai UMNO juga mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu,

Kerajaan Negeri yang dikuasai UMNO menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

Di Langkawi pada tahun 1990,

80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya.

Di Negeri Sembilan

Seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan oleh Kerajaan Negeri yang dikuasai UMNO juga..

Senarai seterusnya lihatlah di ( SINI )

Dah nak habis tanah rizab Melayu dikerjakan oleh UMNO.. tiba-tiba Presiden UMNO bertempik nak pertahankan tanah rizab Melayu?

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR 29 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu semua kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) mempertahankan dan membangunkan Tanah Rizab Melayu untuk memberi pulangan kepada rakyat.

Presiden UMNO itu berkata, mana-mana kawasan Tanah Rizab Melayu yang dibangunkan juga perlu diganti.

"Saya minta semua Menteri Besar di negeri yang dikuasai kita pastikan jika tanah rizab itu jika dibuka untuk pembangunan mesti diganti. Kedua tanah rizab bukan rizab sahaja tetapi dibangunkan.

"Kita tidak boleh bangga dengan jumlah tanah tetapi pulangan daripada pembangunan," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata kekangan perundangan bagi membangunkan Tanah Rizab Melayu akan diatasi dengan pindaan terhadap Kanun Tanah Negara dan Undang-Undang Tanah Negeri.

"Sekarang ini ada kekangan dari segi kanun tanah negara dan kanun tanah negeri. Satu jawatan kuasa sudah ditubuhkan dan laporannya sudah dikemuka dan semua undang-undang berkaitan akan dibuat pindaan supaya Tanah Rizab Melayu ini dapat dibangunkan," katanya lapor RakyatNews

Nak pinda undang-undang supaya Tanah Rizab Melayu nak dibangunkan lagi?.. alamatnya tinggal gunung-ganag dan hutan simpan sajalah untuk anak cucu kita...






Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails