Thursday, November 13, 2014

Penyelia stor maut ditimpa bumbung konkrit kilang di Bayan Lepas


Seorang penyelia stor kilang elektronik maut ditimpa runtuhan bumbung konkrit di tempat kerjanya, di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, di sini semalam.

Wan Ahmad Nadzari Wan Mokhtar, 48, mati di tempat kejadian apabila bumbung sepanjang 40 meter dengan lebar empat meter itu menimpanya pada 6.50 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, lelaki itu terperangkap di bawah runtuhan dan hanya dapat dikeluarkan pasukan menyelamat pada 7.50 malam.

"Mangsa yang bekerja di kilang itu lebih 10 tahun dikatakan baru ingin memulakan tugasnya pada syif malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika angin kencang serta hujan lebat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Lai berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama


..... Al Fatihah buat Allahyarham...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails