Wednesday, November 19, 2014

Pampasan RM2.6 Juta: Khusrin nak ambil tindakan terhadap Khusrin?


Dalam hal pampasan RM2.6 Juta ini persoalan utamanya ialah mereka memilih meletak jawatan bukannya diminta meletak jawatan jadi kenapa pampasan dibayar?

Sedangkan kebiasaannya dalam satu organisasi apabila proses pengurangan pekerja dilakukan, pekerja yang tersenarai yang diminta meletak jawatan akan dibayar pampasan..

Tetapi mereka-mereka ini langsung tidak diarahkan ataupun diminta melepaskan jawatan masing-masing dibayar pampasan..

Mengenai kenyataan Khusrin pula yang kononnya akan mengambil tindakan, memang kelihatan janggal sekali kerana beliau antara Ahli Lembaga Pengarah MBI yang dikatakan bertanggungjawab meluluskan bayaran tersebut..

Mana mungkin Khusrin akan mengambil tindakan terhadap dirinya sendri?

Wujud 'kejanggalan' dalam kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bersabit kontroversi bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta kepada bekas kakitangan Menteri Besar Incorporated (MBI). 
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berkata bagaimana mungkin Khusrin bersikap adil dalam isu itu sementelah beliau sendiri adalah Ahli Lembaga Pengarah MBI yang bertanggungjawab meluluskan bayaran pampasan tersebut. 
"Ia nampak janggal. Jika beliau hadir mesyuarat dan sokong bayaran pampasan pada ketika itu dan kini mahu ia dikaji semula, ia satu perkara yang tidak munasabahlah. 
"Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, beliau kena jelaskan dengan tepat," katanya. 
Bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu menjadi tumpuan ramai kini ekoran membabitkan jumlah yang besar. 
Sebuah portal melaporkan, bekas Ketua Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima hampir RM700,000 sementara Setiausaha Akhbarnya, Arfa'eza Abdul Aziz menerima sejumlah RM400,000 manakala Setiausaha Politiknya pula, Mustapa Mohd Talib menerima pampasan bernilai RM265,000.

Kesemua mereka dibayar begitu lumayan kononnya sebagai gantirugi kerana meletakkan jawatan secara sukarela akibat pertukaran pucuk pimpinan negeri. 
"Namun persoalannya, kebiasaannya apabila kita kurangkan pekerja atau minta mereka letak jawatan, baru kita bayar pampasan. Tetapi sekarang mereka yang pilih letak jawatan, kenapa kita kena beri pampasan?" demikian menurut Shaani. 
Meskipun Khalid sebelum ini menegaskan pembayaran pampasan RM2.6 juta itu mengikut terma dan syarat syarikat, Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali berkata ada sesuatu yang tidak kena dengan prosedur bayaran pampasan itu selepas diaudit oleh Jabatan Audit Negeri ~ RakyatNews

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails