Thursday, November 27, 2014

Noh Omar Dedahkan Sebab ADUN BN Selangor Tolak peruntukan RM200,000


Menariknya dalam isu peruntukkan RM200,000 ini ialah ADUN-ADUN dari BN Selangor kelihatan masih boleh berkompromi tapi Noh Omar pulak yang lebih-lebih..

Peruntukan itu ditolak oeh ADUN-ADUN dari BN kerana menurut mereka ianya adalah kerana prinsip dan keadilan tapi Noh Omar pulak kata sebab ianya adalah lebih kurang dari apa yang Penyelaras DUN dapat..

Baca dulu apa yang Malaysiakini laporkan ini..

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini 'merayu' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN supaya menerima wang peruntukan sebanyak RM200,000 setahun yang akan diberi oleh kerajaan negeri mulai tahun depan.



Ketika berucap pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015, Azmin meminta supaya wang itu diterima demi kepentingan rakyat.

"Pendirian kerajaan negeri adalah kekal dengan peruntukan untuk setiap ADUN pembangkang iaitu RM200,000 setahun kepada 12 ADUN. Ia dikekalkan.

"Saya senyum ini, OK? Terimalah untuk rakyat. Ini merayu ni. Saya merayu terimalah. Demi rakyat," kata Azmin sambil tersenyum.

Selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berdiri dan memberitahu bahawa, pihaknya akan cuba mempertimbangkan pemberian itu.

Bagaimanapun, katanya, atas dasar prinsip, jumlah yang diberikan perlu sama seperti yang diterima oleh ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita pun bekerja untuk rakyat. Saya sering berasaskan kepada prinsip. Wakil rakyat tak kira pembangkang atau tidak, dipilih oleh rakyat. Kepentingan kena bersama. Jumlah kena sama. Atas dasar prinsip.

"Kita menolak atas dasar prinsip. Kalau benda ini atas dasar keikhlasan, kita akan mesyuarat balik untuk kaji kedudukan sebenar," kata Shamsudin.

Perkara itu menyebabkan Azmin sekali lagi memberi penjelasan bahawa setiap DUN menerima jumlah wang yang sama iaitu sebanyak RM700,000.

Bagaimanapun, di setiap DUN yang dimenangi BN, Azmin menjelaskan, hanya RM200,000 diberi kepada ADUN dan selebihnya kepada penyelaras DUN.

Dengan nada bergurau, Azmin bagaimanapun berkata, jumlah RM700,000 boleh diperoleh oleh Shamsudin sekiranya beliau menyertai Pakatan.

"Sekurang-kurangnya, pemberian peruntukan ini permulaan yang baik. Mungkin ia akan membuka hati Sungai Burong untuk menerima tahun depan. Kita boleh pertingkatkan (jumlah peruntukan).

“Setiap yang mula mesti dengan langkah pertama. Langkah pertama RM200,000. Langkah seterusnya, kalau Yang Berhormat masuk Pakatan, dapat RM700,000," kata Azmin sambil ketawa... lapor Malaysiakini

Yang jelas dari kata-kata Ketua Pembangkang Selangor itu masih ada ruang untuk kompromi.. tapi Noh Omar pulak yang sibuk nak jadi batu api..

Baca apa yang Sinar Harian laporkan ini..

SHAH ALAM - Tawaran peruntukan hanya RM200,000 setiap tahun oleh kerajaan Selangor kepada Adun BN negeri itu dilihat sebagai satu penghinaan.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah yang ditawarkan menerusi Program Mesra Rakyat itu lebih kecil daripada yang diterima Adun PR dan Penyelaras DUN.

"Kerajaan negeri lantik penyelaras DUN malah diberi peruntukan RM400,000 manakalan Adun PR dapat RM700,000. Ini bermakna tindakan menawarkan peruntukan RM200,000 kepada Adun BN dilihat sebagai penghinaan," katanya di sini hari ini.

"Sebagai pengerusi BN Selangor, saya menyokong penuh tindakan 12 Adun BN menolak peruntukan yang ditawarkan itu kerana ia dilihat memandang rendah kepada mereka," katanya.

Noh berkata dalam hal itu, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilihat 'berat-sebelah' kerana hanya menawarkan peruntukan dalam jumlah kecil sedangkan wakil rakyat BN turut sama bekerja keras menjaga kesejahteraan masyarakat di Selangor ~ Sinar Harian



Kalaulah ADUN-ADUN BN tu terima peruntukkan tu.. mana agaknya Noh Omar nak letak muka?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails