Monday, November 10, 2014

No Plat Kenderaan Tak Ikut Piawaian Boleh Sebab Kemalangan Maut?


Nampaknya fenomena mengeluarkan kenyataan tanpa melalui otak yang sering dilakukan oleh pemimpin - pemimpin negara dari UMNO kini sudah menular ke Kakitangan Awam pula..

Kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad berhubung angka kematian maut baru-baru ini menjadi bahan lawak di media sosial.

Pelancaran operasi penguatkuasaan besar-besaran Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ diharap dapat mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad memaklumkan operasi bermula satu November lalu, bertumpu kepada pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran, lampu strobe dan lampu HID.

“Kita jangka rakyat negara kita akan mati (akibat kemalangan) sebanyak 10,716 menjelang tahun 2020, jadi usaha-usaha (yang dijalankan) kita ini adalah untuk mengurangkan rakyat mati diatas jalan raya kerana kita (JPJ) mempunyai KPI.

“Kita nak orang ramai mati 5,358 orang sahaja menjelang tahun 2020 (dan) ini dari segi teorilah” katany.

Statistik yang disebutnya itu betul dan memang satu angka yang menggerunkan buat pengguna jalan raya..

Tapi bila dia kaitkan statistik kematian tersebut dengan operasi yang dijalankan oleh JPJ iaitu pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran, lampu strobe dan lampu HID.

Ianya menjadi bahan lawak rakyat Malaysia..sebabnya bukan aku saja malah ramai lagi yang tak faham dan tak boleh terima apa kaitannya kemalangan di jalanraya dengan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut piawaian JPJ?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails