Saturday, November 22, 2014

Najib kata rugi bagi petani subsidi minyak sebab hanya pakai ‘kapchai’


Nampak sangat yang Najib ni main bedal saja cakap.. cakap tapi langsung tak tahu apa yang dia cakap.. maklumlah.. anak bangsawan mana pernah naik kapchai, nak isi minyak pula jauh sekalilah..

Baca dulu apa yang Selangorku laporkan ini..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap kenaikan harga petrol berikutan langkah kerajaan memansuhkan subsidi petrol tidak akan memberi kesan kepada golongan petani negara.

Najib berkata, hal itu disebabkan golongan petani negara terdiri daripada mereka bermotosikal enjin berkapasiti kecil yang beliau sebut sebagai ‘kapchai’ berbanding golongan kaya yang menggunakan kereta mewah.

“Rugi kita beri subsidi minyak sebab apa? Tuan-tuan semua bawak kapchai. Betul tak?

“Orang di sini (bandar) pakai kereta Mercedes, kereta besar. Sekali isi minyak 75 liter, kita isi minyak tujuh liter sebab motor kapchai,” kata Najib dalam ucapan perasmian Expo MAHA 2014, di sini, hari ini.

Jelas beliau, kerajaan akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar terhadap sektor pertanian jika mekanisme baru ini berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Najib turut membandingkan kenaikan harga minyak di Indonesia 55 sen yang menurutnya lebih tinggi berbanding Malaysia.

Ucapannya nyata hanya untuk memperbodohkan para Petani.. sebab yang tak terjejas dengan kenaikkan harga Petrol ialah golongan yang kaya bukannya golongan petani.

Sebab golongan yang berpendapatan tinggi itu katalah RM20,000 sebulan sikitpun tak terasa dengan kenaikkan Petrol baik 20 atau 50 sen setiap liter.

Dibandingkan dengan para Petani yang berpendapatan RM1,500 sebulan, kenaikan 20 atau 50 sen itu memberikan impak kepada pendapatan mereka.

Impak kepada golongan kaya hanyalah 0.001% dari pendapatan mereka bagi setiap Liter tapi bagi golongan petani pula ialah 0.013% lebih kurang.. 

Jadi kumpulan mana yang terasa?

Tu pasal kesan kenaikkan harga minyak kepada golongan Petani dan golongan berpendapatan tinggi..

Tapi dalam laporan Selangorku kat atas tu.. apa yang membuktikan Najib main bedal saja cakap apa yang dia nak cakap ialah pasal kapasiti minyak kapchai tu..

Setahu aku.. paling banyak pun hanya 4 Liter yang boleh diisi dalam tangki kapchai.. dalam hal ini Honda EX5 sebagai rujukan..

Ada ke kapchai yang boleh isi minyak sebanyak 7 Liter?

Entah siapa yang bagi nasihat kat Najib tu.. kesian dia..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails