Wednesday, November 5, 2014

Lagi Video Insiden Buli Di Asrama Tersebar!! Kali ini lebih brutal.. (Video Inside)


Ada yang berkata pelajar-pelajar ini terpengaruh dengan slogan yang diguna pakai oleh PKR ketika ini di Istana Kehakiman iaitu 'Rakyat Hakim Negara'.

Berdasarkan slogan itulah kononnya maka para pelajar yang tinggal di asrama ini bertindak sebagai hakim sekaligus menjalankan hukuman terhadap mangsa.

Tapi.. aku kata.. kepala hotak dia, insiden ni tak ada kena mengena dengan politik negara dan PKR tapi kalau nak politikkan pun boleh..

Kita salahkan Menteri Pendidikan.. sebab gagal membentuk generasi pelajar yang beretika..

Siakapkeli.com melaporkan..

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kes buli "Singlet Hitam" kini satu lagi video buli yang terbaru telah dimuat naik di laman Youtube.  
Dari video yang berdurasi selama lebih 6 minit itu, kelihatan seorang budak lelaki dibuli oleh beberapa pelajar lelaki yang lebih senior di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama.  
Mangsa buli itu di pukul berkali-kali menggunakan tangan dan kaki, biarpun mangsa menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul berkenaan.  
Kelihatan juga kumpulan pemukul ini bersuka ria memukul mangsa buli berkenaan dengan berjoget-joget sambil mendengar muzik.  
Tidak dapat dipastikan dimana insiden buli ini berlaku.  
Bagaimanapun dengan wajah mangsa dan pemangsa yang jelas kelihatan di dalam video tersebut, diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini.  
Rasanya banyak lagi sebenarnya kes-kes buli yang berlaku dalam asrama sekarang ni, tetapi tidak didedahkan sahaja.  
Mungkin pemantauan dari pihak sekolah perlu diperketatkan supaya kes-kes seumpama ini tidak berlaku lagi.

Ini videonya..

 

Diminta individu yang mengenali mangsa dan juga pemangsa laporkan kepada Polis..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails