Sunday, November 16, 2014

Khalid Terkejut Dan Tak Tahu RM700,000 Dibayar Kepada Bekas Pegawainya?


Jika benar, terutamanya Khalid dan Faekah tidak wajar sama-sekali menerima pampasan itu kerana mereka adalah kakitangan kerajaan negeri yang layak menerima pencen berikutan telah berkhidmat melebihi 36 bulan perkhidmatan.

Dengan adanya pencen bulanan yang bakal diterima, apakah wajarnya lagi diberi pampasan dengan jumlah yang besar itu?

Tidak pernah bagi pemimpin atau kakitangan kerajaan mana-mana negeri atau pusat sebelum ini yang diberikan ganjaran wang tunai sebaik bersara atau menamatkan perkhidmatan mereka dan apa yang dilakukan oleh MBI ini memang pelik lagi mengejutkan.

Bagi kakitangan yang lain yang tidak layak menerima pencen pula, penghargaan atas jasa berkhidmat dengan kerajaan negeri, mungkin masih boleh diberikan tetapi tentulah bukan dalam bentuk wang tunai yang begitu besar jumlahnya.

Kat atas tu sebahagian dari ulasan Shahbudin mengenai isu ini, ulasan penuh sila baca di ( SINI )

Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa tidak mengetahui jumlah pembayaran pemberhentian kepada lapan bekas pegawainya yang masing-masing menerima sebanyak RM700,000.

Khalid yang kelihatan terkejut dengan jumlah tersebut berkata, beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.

"Jika pengiraan itu betul, jadi ia memang betul, saya tidak fikir begitu (salah)," kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu di Pangsapuri Permai, Sungai Besi dekat sini, Sabtu.

Khalid menyifatkan wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.

Jelasnya, keputusan mengenai pembayaran itu dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Ahli lembaga pengarah MBI terdiri daripada tiga individu - menteri besar, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan. Mereka yang membuat keputusan," katanya.

Tambahnya, Exco hanya perlu dimaklumkan mengenai pembayaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Beliau memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.

"Ia mengikut prosedur, mereka boleh melakukan audit," kataya.

Pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dari PKR membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa kerajaan negeri tersebut dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.

"Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI," tulis Dr Xavier di laman Twitternya.

Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita pada Jumaat bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang tersebut ~  mStar

RM700,000 itu bukanlah satu jumlah yang kecil, jika Tan Sri Khalid mendakwa beliau tidak tahu menahu tentang bayaran itu ianya adalah suatu yang mustahil..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails