Wednesday, November 5, 2014

Kes buli pelajar itu berlaku di MRSM Pulau Pinang ?


Kes buli pelajar yang menjadi viral di media sosial rupa-rupanya melibatkan pelajar Asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kejadian berlaku pada 22 Oktober lalu melibatkan sekumpulan lapan pelajar Tingkatan 4 membuli pelajar junior.

Puncanya kerana kehilangan telefon bimbit dan sekumpulan pelajar junior itu dikatakan terlibat mencurinya.

Berdasarkan laporan salah seorang ibu kepada mangsa buli, anaknya pulang dari MRSM Balik Pulau, anak pengadu telah memaklumkan bahawa dia telah dipukul oleh pelajar senior.

"Anak pengadu mengalami kecederaan iaitu salah satu patah tulang rusuk. Anak pengadu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. 

"Laporan dibuat pengadu kerana takut jadi apa-apa kemudian hari," menurut laporan yang sama.

Hasil siasatan polis mendapati, mangsa dipukul oleh sekumpulan pelajar tingkatan 4 pada 22 Oktober 2014 pukul 11.45 malam hingga 1 pagi di dalam dorm asrama.

Mangsa dipukul dengan menggunakan seterika serta dipijak.

Bahu kanan dan kiri mangsa turut cedera terkena seterika panas.

"Mangsa di tahan di ICU HTAR Klang. Mangsa patah rusuk tulang dan terkena pada jantung," katanya laporan itu. 

Suspek seramai lapan orang telah dikenalpasti membabitkan pelajar tingkatan 4.

"Atas arahan pihak sekolah, mereka telah diarahkan balik ke rumah masing-masing. Tiada saksi lain menyaksikan kejadian dan pihak warden hanya mengetahui kejadian pada 23 Oktober 2014 pukul 8 malam.

"Selepas mengetahui insiden, pihak warden berhubung dengan pihak Hal Ehwal Pelajar dan pengetua namun gagal dihubungi," katanya.

Seterusnya warden meletakkan pelajar di bilik rehat sementara menunggu arahan lanjut. Pada 23/10/14 jam 3 petang, HEP berhubung dengan keluarga mangsa dan arahkan untuk ambil balik ke rumah. 

"Mangsa dihantar menggunakan kapal terbang dan setibanya di Lapangan Terbang Subang mangsa terus dikejarkan ke hospital oleh ayah mangsa," katanya laporan yang sama.

Pada 27 Oktober 2014, kira-kira pukul 12 tengah hari, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Inspektor Boby telah menahan suspek pergaduhan di asrama MRSM Balik Pulau.

"Tangkapan seramai lapan orang dan justifikasi tangkapan adalah berdasarkan keterangan mangsa.

Keterangan awal suspek berkenaan mendedahkan mengaku terlibat pukul mangsa secara berkumpulan ke atas mangsa menggunakan tangan dalam bilik letrik dan salah seorang dari mereka telah mencucuh seterika di bahu mangsa.

 Siasatan dibawah Seksyen 326 itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk mendapatkan arahan keputusan kes serta tindakan lanjut.--MalaysiaGazette

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails