Monday, November 3, 2014

Kerajaan bayar RM1.1Billion pampasan konsesi lebuh raya.


Kerajaan Persekutuan dilaporkan telah membelanjakan RM1.1 bilion antara 2008 hingga 2013 untuk membayar pampasan kepada semua pemegang konsesi di seluruh negara untuk menghalang mereka menaikkan kadar tol..

....“AMBIL lebuh raya ini. Bayar tak apa. Lebih cepat sampai. Jimat minyak,” itulah kata-kata seorang rakyat jelata 10 tahun yang lalu ketika mengambil keputusan sama ada ingin menggunakan jalan yang biasa atau lebuh raya bertol.

Dulu, menggunakan lebuh raya bertol adalah satu pilihan kemewahan. Bayaran tol dikembalikan dalam bentuk servis “menjimatkan masa dan minyak.”

Rakyat membayar tol untuk keselesaan jalan yang lebih luas, menjimatkan masa dan juga minyak.

Tapi kini, situasi sudah berlainan. Jumlah kereta di atas jalan meningkat dari hari ke hari. Jalan raya semakin sesak. Lebuh raya bertol telah bertukar menjadi sebahagian daripada jalan keperluan biasa untuk rakyat bekerja daripada satu tempat ke satu tempat yang lain, terutamanya di kota.

Menggunakan lebuh raya bertol pada hari ini, bukanlah lagi satu pilihan seperti dulu, tapi ia adalah satu keperluan. Tapi mutu servis yang dikembalikan daripada harga tol yang dibayar semakin kurang.

Lebuh raya bertol, ya ia masih lebih luas daripada jalan biasa, tapi ia juga sesak seperti jalan biasa. Masa dan minyak yang sepatutnya dapat dijimatkan, tidak lagi dapat dijimatkan kerana kesesakan. Maka nilai tambahan pada rakyat yang sanggup membayar tol semakin kurang.

Berdasarkan ini, mengapakah rakyat masih perlu membayar kadar tol yang semakin tinggi sedangkan nilai tambahan menggunakan lebuh raya bertol semakin berkurangan?

Lebih-lebih lagi apabila lebuh raya bertol kini bukan satu lagi pilihan kemewahan, tapi satu keperluan untuk kebanyakan rakyat di kota?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat ada dua pilihan, sama ada membayar tol yang lebih tinggi atau membayar cukai yang lebih tinggi.

Apa kaitan kadar tol dengan cukai rakyat? Bukannya dua-dua dibayar oleh duit rakyat? Bezanya jika rakyat membayar kadar tol yang tinggi, mereka membayar kepada syarikat konsesi tapi jika rakyat membayar cukai yang tinggi, mereka membayar pada kerajaan.

Persoalannya, mengapa perlu menaikkan kadar tol? Dari segi jumlah kenderaan yang meningkat dari hari ke hari, keuntungan syarikat konsesi tol sudahpun berlipat kali ganda.

Apakah ada syarikat konsesi tol yang mengalami kerugian, atau keuntungan menurun untuk tiga tahun kebelakangan ini?

Sebelum menaikkan tol, bolehkah kerajaan dapat membuktikan mana-mana penyata kewangan syarikat konsesi tol yang rugi dan mencapai keuntungan menurun untuk tiga tahun berturut-turut?

Jika ada syarikat konsesi tol yang rugi, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih untuk menukar pengurusan atau mengambilalih syarikat konsesi tersebut, kerana masakan perniagaan yang pasti untung ini boleh diuruskan sehingga mencapai kerugian?

Jika tiada syarikat konsesi tol yang mengalami kerugian mahupun keuntungan menurun, MENGAPA perlu menaikkan kadar tol?

Perdana Menteri juga harus ingat bahawa perniagaan tol ialah satu perniagaan menawarkan khidmat servis, seperti juga servis telekomunikasi telefon.

Dalam perniagaan khidmat servis, jarang ada perniagaan yang menaikkan harga servis tatkala jumlah pelanggan bertambah setiap hari tanpa perlu melakukan apa-apa (kerana rakyat terpaksa menggunakan lebuh raya bertol masa kini).

Bagi perniagaan sebegini, sepatutnya harga servis semakin menurun apabila jumlah pelanggan semakin bertambah, lebih-lebih lagi syarikat konsesi tol yang diswastakan kerana infrastruktur jalan adalah satu tanggungjawab sosial.

Seperti juga syarikat telekomunikasi, telefon bimbit berdata internet kini sudah menjadi satu keperluan dan bukan lagi satu kemewahan, dan oleh itu kadar servis untuk menggunakan infrastruktur telekomunikasi bertambah murah, namun keuntungan syarikat telekomunikasi tetap berlipat ganda kerana jumlah pelanggan semakin meningkat.

Boleh untung, tapi haruslah berpatutan.

Itu adalah hujah Timmy Say yang pernah disiarkan oleh Sinar Harian suatu masa dulu di SINI

Berdasarkan hujah-hujah di atas, sememangnya tiada alasan untuk menaikkan kadar tol, terutamanya daripada sudut rakyat.

Jadi persoalannya ialah mengapa perlu Kerajaan membayar pampasan kepada pemegang konsesi Lebuhraya?

Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM1.1 bilion antara 2008 hingga 2013 untuk membayar pampasan kepada semua pemegang konsesi di seluruh negara untuk menghalang mereka menaikkan kadar tol seperti yang dinyatakan dalam penjanjian.  
Dalam jawapan bertulisnya kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan dijangka akan mengeluarkan lagi RM400 juta dalam bentuk pampasan bagi tahun 2014. Jumlah RM400 juta merupakan jumlah tertinggi yang kerajaan belanjakan sejak 2008 kerana ia masing-masing dibayar sebanyak RM339 juta dan RM310 juta pada 2012 dan 2013. 
Daripada 15 lebuhraya yang disenaraikan, Lebuh raya Sprint dan Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) adalah penerima terbesar dengan masing-masing berjumlah RM281.84 juta dan RM257.78 juta sejak lima tahun lalu lapor Malaysiakini

Betulah kata Bekas MB Selangor..Kesilapan kerajaan pusat ketika membuat perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip mengakibatkan rakyat terpaksa membayar tol lebih daripada sepatutnya.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan kerajaan pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.

Bekas tokoh korporat negara itu juga berkata, perjanjian konsesi lebuh raya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan berganda yang melampaui kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Kita dapati syarikat konsesi, apabila membentangkan kertas kerja, menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang.

“Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan.

“Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam sidang medianya sebagaimana dilaporkan Selangorkini..

..... Betapa beruntungnya mereka yang menjadi kroni ini.. berniaga dijamin tak akan rugi oleh Kerajaan.. Untung mereka sapu, rugi kerajaan tanggung..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails