Wednesday, November 26, 2014

Kawal Harga Rumah Akan Bebankan Kerajaan - Prof Noor Azlan


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Putrajaya tidak berkuasa menghalang kenaikan harga rumah kerana Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas.

Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun mampu bertindak melalui pemberian insentif kepada pembeli bagi mengurangkan kos pembelian harga rumah.

"Ini negara bebas, kerajaan tidak mempunyai kuasa menentukan pasaran harga. Kita boleh membantu mengurangkan harga rumah dengan insentif.

Ini pula kata Prof Datuk Dr Noor Azlan "Untuk tempoh jangka masa panjang, kaedah kawalan harga sebenarnya lebih merugikan dan membebankan terutamanya kepada kerajaan.

Ooo... membebankan Kerajaan tak boleh tapi membebankan rakyat tak apa?

Cadangan aku buat Proffesor ni ialah, turun sendiri ke bandar-bandar yang ada di Semenanjung ni bermula dari Selatan hingga ke Utara Semenanjung..

Kemudian baru buat ulasan tentang harga rumah yang mahal gila dinegara kita sekarang ni.. dan lebih mahal dari beberapa negara maju ( bacalah di SINI )

Bukan sahaja di bandar-bandar malah dipinggir bandar dan juga luar bandar juga menyaksikan banyak rumah mampu tengok yang tumbuh bak cendawan..

SHAH ALAM - Tidak perlu kawalan harga dalam menangani isu harga rumah yang melambung, kata Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Menurutnya, secara kasar kawalan harga dilihat sebagai satu kaedah bagus untuk menangani isu kenaikan harga rumah tetapi realitinya tidak.

"Untuk tempoh jangka masa panjang, kaedah itu (kawalan harga) sebenarnya lebih merugikan dan membebankan terutamanya kepada kerajaan.

"Saya tidak setuju dengan cara tersebut kerana terdapat banyak kaedah lain yang boleh digunapakai," katanya, kelmarin.

Beliau berkata, umpamanya aspek perancangan bandar serta sistem pengangkutan awam yang baik perlu dititikberatkan.

Menurutnya, kenaikan harga rumah berlaku disebabkan dua faktor iaitu permintaan tinggi dan kos tanah yang tinggi.

Katanya, di Malaysia kebanyakan rakyat mahu tinggal di bandar dan apabila disebut bandar, semua tertumpu di Kuala Lumpur yang dilihat menyediakan pekerjaan.

"Sedangkan banyak lagi kawasan luar seperti Kajang dan Selayang yang boleh dibangunkan sebagai pusat pekerjaan.

"Jika di Jepun dan New York contohnya, kebanyakan rakyat tinggal jauh dari bandar yang perjalanannya mengambil masa satu jam. Tetapi mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang hebat, ia sekali gus meredakan isu kenaikan harga rumah serta pemusatan," katanya.

Selain itu, kerajaan perlu menangani isu spekulator yang membeli rumah untuk dijadikan aset pelaburan.

"Kita boleh fokus cara atau bagaimana untuk mewujudkan suasana agar mereka kurang berminat untuk membeli rumah, contohnya kerajaan perkenalkan rumah dijual balik dalam tempoh beberapa tahun dengan cukai tinggi," katanya.

Mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda bahawa kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan jika kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah adalah sebagai isu yang berbeza.

"Ramai keliru maksud gelandangan kerana ia isu sosial dan tingkah laku.

"Di luar negara, kerajaan menyediakan rumah perlindungan kepada golongan gelandangan tetapi mereka memilih tinggal di jalanan kerana itu cara mereka meneruskan kehidupan," katanya lapor SinarHarian

Lagi satu pasal perbandingan yang dia buat, agak-agaklah sikit kalau nak buat perbandingan tu.. janganlah dijadikan Jepun dan New York sebagai kayu ukuran..

Di Jepun pengangkutan awamnya terutama sekali keretapi elektriknya amat effisien  dan kerap perkhidmatannya.. kalau tak silap aku 10 minit sekali..

Jadi tak ada masaalah kalau kita tinggal di luar Bandar tetapi bekerja di bandar..

Tapi di Malaysia ni.. cubalah tinggal diluar bandar tetapi bekerja di bandar, kemudian pergi kerja dengan keretapi yang sedia ada.. berapa bulan boleh kerja aku tak tahulah..

Pasal New York pula.. aku tak tahu pasal aku tak pernah tinggal di sana..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails