Tuesday, November 18, 2014

Iszuree fail permohonan cabar keputusan pemecatannya


Kata Iszuree "Ini adalah soal maruah... bukan saya hendak tuntut semula jawatan saya itu, jangan menghukum tanpa bicara.

Tapi.. Dalam afidavitnya, beliau menuntut kebenaran mahkamah untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 26 September 2014 dan keputusan responden pertama pada 25 September 2014 yang memutuskan Iszuree dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap responden kedua serta pembekuan semua peruntukannya.

Sekiranya mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan itu, beliau memohon perintah sementara untuk menggantung keputusan responden pertama yang disampaikan kepadanya melalui surat responden kedua bertarikh 26 dan 29 September 2014 sehingga usul substantif didengar.

Bukan sebab nak tuntu semla jawatan.. tapi kalau dia menang dia dapat semula jawatan..apa cerita ni?

Kalau akulah yang berada di tempat dia.. malu rasanya nak perhabis duit semata-mata nak dapatkan semula jawatan tu..

Kalau jawatan tu dapat melalui pilihanraya atau temuduga lainlah.. ini dilantik.. dah namapun dilantik bila dilantik ni sendiri mau ingatlah.. bila-bila pun boleh dipecat..

Bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim memfailkan permohonan di mahkamah bagi kebenaran mencabar pemecatannya daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pembekuan peruntukannya.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 14 November lepas melalui peguam Mohd Harris Abdullah. Iszuree mengedarkan salinan afidavit permohonan itu kepada pemberita pada sidang media pada Isnin.

Dalam permohonan itu, beliau menamakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden pertama, MPPP sebagai responden kedua dan kerajaan negeri sebagai responden ketiga.

Dalam afidavitnya, beliau menuntut kebenaran mahkamah untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 26 September 2014 dan keputusan responden pertama pada 25 September 2014 yang memutuskan Iszuree dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap responden kedua serta pembekuan semua peruntukannya.

Iszuree juga memohon kebenaran mahkamah untuk membatalkan surat responden kedua bertarikh 29 September 2014 dan keputusan responden pertama pada 25 September 2014 yang memutuskan beliau dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap responden kedua, mesyuarat ad-hoc dan pembekuan peruntukan secara serta-merta.

Sekiranya mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan itu, beliau memohon perintah sementara untuk menggantung keputusan responden pertama yang disampaikan kepadanya melalui surat responden kedua bertarikh 26 dan 29 September 2014 sehingga usul substantif didengar.

Iszuree juga memohon responden pertama, kedua dan ketiga membayar ganti rugi kepadanya seperti yang ditaksirkan mahkamah kelak dan kos permohonan sampingan ditanggung dan dibayar oleh ketiga-tiga responden dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam sidang media itu, Iszuree berkata tuntutan yang dibuat itu bertujuan menuntut keadilan dan memulihkan semula maruahnya kerana diberhentikan tanpa berpeluang membuat pembelaan.

"Ini adalah soal maruah... bukan saya hendak tuntut semula jawatan saya itu, jangan menghukum tanpa bicara.

"Saya berharap agar keadilan yang diperjuangkan dapat dibuktikan, jangan hanya cakap tidak serupa bikin," katanya.

Iszuree didakwa disingkir daripada semua jawatankuasa tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor Bharu baru-baru ini yang mengkritik kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan ~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails