Monday, November 24, 2014

Isu Pengerusi BN Selangor: Najib Kantoikan Noh Omar ke nih?


Siapa agaknya yang berbohong dalam isu Pengerusi BN Selangor ini, apa yang Noh Omar kata adalah amat berbeza dengan apa yang Najib kata..

Bagaimanapun ianya jelas membuktikan kepada umum salah seorang dari pemimpin UMNO itu telah berbohong..

Kata Noh Omar...

“Hasil pertemuan empat mata dengan presiden parti pada 18 November lalu, saya dengan ikhlas berbincang dan tiada halangan jika parti mahu tukar pucuk pimpinan.

“Bagi saya, Noh Omar tak penting sebab yang paling utama adalah Umno Selangor. 
“Tapi saya berterima kasih kepada presiden parti apabila masih memberi mandat supaya saya terus memimpin Umno Selangor dan setiap prestasi akan dinilai dari masa ke semasa. 
“Beliau turut memberi beberapa garis panduan supaya beri tumpuan lebih kepada anak muda dan giatkan lagi gerak kerja parti ~ Sinar

Tapi.. sehari selepas Noh Omar berkata beliau diberikan mandat oleh Najib untuk terus menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Najib pula berkata..

Beliau bersedia melakukan perubahan 'drastik' berhubung kepimpinan Umno Selangor sekiranya diberikan 'kuasa mutlak' untuk bertindak sedemikian.

"Kalau dia (ahli Umno) hendak saya membuat perubahan yang drastik, dia kena beri sokongan dan mandat sepenuhnya," kata Najib kepada Mingguan Malaysia.  
"Tetapi kalau dipertikaikan, berbelah bagi dan sebagainya, susahlah saya hendak berbuat sesuatu kalau penyelesaian itu memerlukan penyelesaian yang drastik," tegas beliau.  
"Kalau mandat diberikan yang memerlukan penyelesaian drastik, tahulah apa saya hendak buat. Tapi kalau saya ambil tindakan drastik, tidak dapat sokongan parti, tindakan saya boleh dipertikaikan," kata Presiden Umno.  
"Ya, mandat tambahan. Beri saya kuasa mutlak," kata Najib ~ AntaraPos

Siapa bohong?.. Najib atau Noh Omar?

Tapi.. itulah kebiasaannya sifat pemimpin UMNO baik dimana sekalipun.. bila dah berkuasa dan ada jawatan.. nak minta lepaskan jawatan tu serupa nak minta nyawa mereka..

Ya lah... Hilang jawatan.. hilanglah kuasa nak membina harta...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails