Wednesday, November 12, 2014

HIV meningkat di Kelantan, Nik Abduh salahkan Thailand?


Peribahasa Melayu “Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi” membawa maksud ‘sedikit sebanyak perangai anak akan dipengaruhi oleh sifat ibu bapanya..’..

Tapi dalam kes ini nampaknya kuah itu tidak tumpah ke nasi.. tapi dah tumpah masuk ke dalam parit.. ada ke patut Thailand di persalahkannya kerana peningkatan kes HIV di Kelantan?

Hadoiii... letih dah aku dengan kerenah MP yang ada dalam negara kita ni.. semuanya ambil jalan mudah nak lepaskan diri sendiri main tuding saja ikut suka..

Ada sahabat dalam Facebook kata mamat ni sesuai dilantik menggantikan tempat Ahmad Maslan jika Pakatan berjaya ke Putrajaya..

Statistik HIV dan AIDS yang tinggi di Kelantan adalah disebabkan negeri tersebut bersempadan dengan Thailand, yang mudah menawarkan dadah dan pelacur, kata Ahli Jawatankuasa Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz. 
Beliau berkata demikian dalam sebuah forum bertajuk "Hukuman Tinggal Solat Jumaat Di Kelantan: Mencari Batas Kuasa Kerajaan dan Kebebasan Rakyat" di ibu negara malam tadi. 
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis dan Perak, kerana akses keluar masuk yang mudah melalui Golok. 
“Jika kita lihat negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand, di manakah bandar-bandar negara itu yang terkenal dengan aktiviti pelacuran?” tanya Nik Abduh sambil menekankan cabaran itu sebenarnya sangat hebat dihadapi Kelantan. 
Nik Abduh mengakui kerajaan negeri sedar akan masalah tersebut. Selain mengetengahkan permasalahan tersebut melalui wakil kerajaan negeri di Parlimen, 
Kelantan juga telah meminta bimbingan Putrajaya untuk mengatasinya. 
“Jika ada yang tidak berpuas hati, tolonglah bantu Kelantan. Adalah salah untuk mengatakan bahawa Kelantan tidak ada idea. 
“Kami telah mencuba sedaya upaya memberi kesedaran kepada penduduk Kelantan dalam usaha mengurangkan kes AIDS,” kata beliau. 
Kelantan merupakan negeri kedua dengan kes HIV tertinggi di negara ini selepas Selangor, kata laporan Yayasan AIDS Malaysia. 
Setiausaha Agung yayasan berkenaan, Hisham Hussein berkata, terdapat 207 kes baharu telah dilaporkan di Kelantan daripada sebanyak 3,393 kes di seluruh negara ~ AstroAwani

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails