Monday, November 24, 2014

Himpunan pertahan Akta Hasutan tak ada orang?.. Kesiannya..


Himpunan Gabungan Rakyat Prihatin dan NGO di sini hari ini kelihatan suram tanpa penyokong. 

Hasil tinjauan Sinar Harian Online pada jam 3.30 petang mendapati hanya sebilangan kecil penyokong hadir untuk mendengar ucapan pimpinan NGO.

Menjawab persoalan kehadiran penyokong yang hambar, Presiden Gabungan Rakyat Prihatin, Roslan Ambri berkata, penyokong lebih bertumpu di Konvensyen Perpaduan Nasional yang diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam di sini, hari ini.

"Kita sasarkan hanya 1,000 (penyokong) hadir pada himpunan kali ini, tapi kebetulan tarikh himpunan hari ini bertindih dengan konvensyen tersebut.

"Kebanyakan penyokong kita sudah berada di sana, tidak mengapa mereka tidak hadir pada himpunan hari ini, tetapi hadir ke sana, " katanya.

Himpunan hari ini diadakan bagi menekankan kepentingan mempertahankan Akta Hasutan, kedaulatan agama, Raja dan negara serta penubuhan semula ISA.

Himpunan aman yang dianjur hari ini dijadual bermula pada jam 2 petang di Laman Astaka Tasik Titiwangsa.

Antara wakil NGO yang hadir turut serta termasuk Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), NGO-NGO Islam dan NGO-NGO Melayu.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails