Wednesday, November 19, 2014

Harga Petrol RON95 mungkin diturunkan jika...


Image di atas adalah apa yang terpapar dalam website Oil Price.Net, ianya menunjukkan harga minyak mentah dan minyak mentah Brent pada hari Rabu 19 November 2014.

Ketika pasaran ditutup Minyak Mentah WTI berada pada harga $74.61 dan Minyak Mentah Brent pada harga $78.47, memperlihatkan trend terus menurun.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Chua Tee YongKerajaan mungkin mempertimbang untuk menyelaraskan harga petrol RON95 jika harga minyak mentah dunia antara US$70 dan US$75 setong..

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin mempertimbang untuk menyelaraskan harga petrol RON95 jika harga minyak mentah dunia antara US$70 dan US$75 setong, kata Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memantau trend penurunan minyak mentah dunia.

Minyak mentah Brent turun kepada US$78 setong pada Rabu.

"Jika harga terus jatuh, sudah tentu Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan sama ada menyelaras harga RON95 sekali lagi.

"Jika ia turun di bawah harga tertentu, maka tiada lagi subsidi akan diberikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu Macro Kiosk Bhd di sini hari ini.

Harga subsidi bagi RON95 kini ialah RM2.30 dan RM2.58 tanpa subsidi.

Chua juga berkata kerajaan berharap kereta-kereta mewah dan yang mempunyai sentimer padu besar akan menggunakan RON97.

Harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.75/liter kepada RM2.55/liter di seluruh negara hari ini.

"Berdasarkan data, penggunaan RON97 adalah rendah tetapi apabila ia turun sebanyak 20 sen, ia akan membantu ekonomi berikutan bilangan pengguna yang menggunakan RON95 akan berkurangan.

"Kurang penggunaan RON95 bermakna kerajaan tidak perlu mengeluarkan lebih banyak subsidi," katanya.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus' dan bergantung kepada kuasa pasaran ~ AstroAwani

 MUNGKIN... mungkin turun.. mungkin juga tidak.. segalanya mungkin.. kita pakat tunggu sajalah..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails