Wednesday, November 12, 2014

Dikritik Mahathir, Noh Omar Dah Merajuk Ke Ni?


“Dia suruh siapa berundur? Umno Selangor tu siapa?,” soal Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar kepada mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan nada yang tegas, Noh juga cuba mendepani komentar Tun Mahathir pada asas yang mudah, jelas dan adil apabila beliau menyatakan:

“Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan.”

Noh mahu wibawa Umno Selangor usah dipertikaikan kerana ia adalah pilihan ahli akar umbi Umno Selangor sendiri. Pelantikan mereka adalah selaras adat, adab dan perlembagaan Umno.

Lantas, Noh mahu tahu siapa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir yang patut berundur. Adakah barisan pimpinan sedia ada? Atau, cukup sekadar beliau sebagai “ketua” barisan pimpinan hari ini?

Mungkin jika didorong lebih lanjut, Noh seolah-olah mahu mengatakan perihal dirinya adalah dilantik oleh Presiden Umno yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Umno.

Justeru jika ada pihak tidak berkenan dengan cara kepemimpinannya, seharusnyalah mereka merujuk pada pimpinan tertinggi Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Lantaran itu jika mahu reaksi yang berimbang dan munasabah daripada saf pimpinan Umno hari ini, haruslah soalan, pandangan dan desakan seumpama itu dibuat secara khusus. Spesifik, kata Noh.

Noh nekad, nampaknya. Pada zaman Tun Mahathir berkuasa, tidak ada pemimpin parti itu yang berani “mengajar” beliau bagaimana mahu membuat teguran atau memberi pendapat.

Apakah yang sebenarnya merangsang Noh untuk memberi reaksi begitu tangkas, berang dan bengis begitu? Mungkin Noh di bawah tekanan yang amat besar.

Pertama, memang benar Umno Selangor sudah dua kali kecundang. Diaibkan pertama kali pada pilihanraya umum ke-12 pada 2008 apabila hanya memenangi 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kali kedua lebih buruk lagi. Umno hanya menang 12 kerusi DUN berkenaan dalam pilihanraya umum ke-13 pada Mei tahun lalu. Tentu beban untuk “menterbalikkan” keadaan menjadi lebih berat.

Faktor kedua “kebengisan” sikap Noh ini mungkin didorong hakikat baru minggu lalu Umno Selangor “ditegur secara terbuka” oleh presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang berasa malu, serik dan perit kerana prestasi buruk Umno Selangor itu.

Lantas syor Dr Mahathir supaya saf kepimpinan Umno Selangor dirombak adalah cabaran yang cukup peribadi dan “memeritkan” buat Noh. Beliau mendesak teguran “spesifik” daripada Dr Mahathir.

Itu adalah reaksi Noh Omar yang disiarkan AntaraPos mengenai syor Tun Mahathir yang mencadangkan agar pimpinan UMNO Selangor berundur pasal dah dua kali kalah dalam PRU.. garang semacam saja..

Tapi itu pada 8 November... hari pulak dah macam merajuk saja..

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor. 
Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti. 
"Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour ... menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour. 
"Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib, mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di Shah Alam, hari ini. 
Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media semalam terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka. 
Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13. 
"Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak ... beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan," kata Noh. -Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails