Wednesday, November 5, 2014

Denggi meningkat sebab ada ubat yang nak dipasarkan?


Jumlah kes demam denggi dan kematian akibat jangkitan itu di seluruh negara sejak Januari hingga 9 November tahun lalu mencatat peningkatan, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata sejumlah 31,170 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 67 peratus daripada 18,679 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, kematian akibat jangkitan itu meningkat kepada 63 kematian berbanding 32 kematian iaitu peningkatan sebanyak 97 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

ABN News pula melaporkan..

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kanan (Epidemiologi), Dr. B. Venugopalan menjangkakan peningkatan kes demam denggi secara mendadak sehingga akhir tahun ini.

Ini kerana, cuti sekolah yang bakal bermula serta faktor cuaca yang berubah-ubah bakal jadi penyumbang utama kepada pembiakan nyamuk Aedes.

Namun jelasnya, masyarakat perlu lebih prihatin terhadap kebersihan dan bukan hanya mengharapkan tindakan pihak berkuasa tempatan sahaja.

“Cuaca memang memainkan peranan tapi lebih daripada cuaca ialah faktor kebersihan.

“Kita boleh berdepan dengan apa juga perubahan cuaca asalkan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes, tiada masalah,” katanya.

Tindakan menyembur asap sahaja katanya tidak membantu sekiranya komuniti setempat tidak memastikan keadaan sekitar sentiasa terjaga.

Sehingga 1 November lalu, 86,765 kes denggi dicatatkan dengan 164 kematian.

Selangor antara penyumbang tertinggi yang mencatatkan 42,700 kes dengan 59 kematian dilaporkan.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan..


Kajian itu dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia, termasuk Malaysia.

Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia. Seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat denggi pada setiap minit.

Sanofi mengambil masa sejak 20 tahun lepas untuk membangunkan vaksin yang mendahului bakal pesaingnya selama beberapa tahun.

Suratan atau kebetulan ataupun perancangan puak kapitalis?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails