Monday, November 3, 2014

Demo lagi di Komtar, Pulau Pinang!


Kalau penduduk Kampung Chubadak dikatakan dibayar pampasan sebanyak RM7,000, penduduk Sungai Nyior, Butterworth ini pula hanya dibayar RM2,000 sebagai pampasan..

Apalah yang boleh dibuat dengan pampasan sebanyak itu sekarang ini?.. jangan kata nak makan nak bayar upah pindah barangpun tak cukup rasanya..

Dan jurucakap mereka dengan tegas mengatakan jika tiada sebarang jawapan dari Guan Eng, mereka akan tukar Komtar menjadi Rumah Orang Tua-tua...

Sekumpulan 13 keluarga yang membantah tindakan merobohkan kediaman mereka di Sungai Nyior, Butterworth, mengadakan protes duduk bantah depan kompleks pentadbiran kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar.  
Pegawai keselamatan Komtar telah mengunci pintu masuk ke pejabat tersebut. Jurucakap kumpulan tersebut Samuel Walter berkata keluarga terbabit telah diarah untuk keluar pada Jumaat ini walaupun mereka mendakwa tidak diberikan pampasan yang secukupnya.  
Walter berkata kumpulan itu berada di bangunan Komtar hari ini untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng - yang merupakan ahli parlimen mereka.  
Katanya, penduduk itu telah mengundi Lim tetapi setiausaha agung DAP itu didakwa tidak bertemu mereka berhubung isu itu.  
ADUN Bagan Dalam A Thanasekaran hadir bersama-sama para peserta protes.  
"Jika kami tidak mendapat jawapan sampai Jumaat ini, kami akan tukar Komtar jadi rumah orang tua.

"Orang tua ini yang terkesan dengan perobohan itu akan datang ke sini dengan bantal dan tilam kerana mereka tak ada tempat nak pergi," katanya lapor Malaysiakini

Ane yang nama Samuel Walter tu mahu apa sebenarnya?.. penjelasan telah diberikan oleh ADUN Bagan Dalam sendiri tapi dia mahu penjelasan dari Guan Eng pula..

Menurut ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan Kerajaan Negeri tidak boleh mencampuri hal ini kerana pemilik tanah yang asal telah mendapat arahan Mahkamah untuk pengosongan tanah miliknya itu..

Selain itu tawaran untuk dipindahkan kerumah PRT dengan sewa sebanyak RM100 sebulan telah ditolak mereka..

Bagan Dalam state assemblyman A. Tanasekharan, who was present at the protest, told reporters that the state government could not intervene as the landowner has obtained a valid court order.  
“What we can do is to offer the villagers, most of whom are sub-tenants, public housing units at RM100 monthly rental but they turned down the offer,” he said.  
He added that the state government did not receive any application for planning permission by the landowner, so it could not even withhold approval pending resolution of the issue.  
This is not the first village in Penang that is facing demolition to make way for rapid development in the land-scarce state.  
In recent months, residents of the 200-year-old Kampung Siam in Pulau Tikus on the island are also taken to court to be evicted by the landowner.  
Over in Batu Ferringhi, idyllic century-old Malay village Kampung Mutiara is also facing eviction without any compensation ~ TheMalayMail

Tuan Tanah tu pun... awatlah kedekut sangat..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails