Tuesday, November 25, 2014

BN S'gor tolak peruntukan RM200,000 sebab tak cukup ke?


Sepatutnya Ketua Pembangkan Selangor ni cakap saja terus terang bukannya berselindung disebalik prinsip dan keadilan..

Bagi tahu kepada Azmin tu, setakat RM200,000 tu boleh buat apa? projek apa yang boleh buat dengan sebanyak itu? tukang kipas-tukang kipas yang ada sekeliling ni nak bagi makan apa?

Tak payahlah dia nak bercakap soal prinsip dan keadilan, sepatutnya terima dan guna sebaik mungkin untuk rakyat dan pengundi mereka.

Jika nak bercakap soal adil atau tidak.. takkanlah dia sendiri tak sedar bagaimana Presiden UMNO sendiri melayan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen dari Barisan Nasional diberi peruntukan RM2,000,000 setahun (baca di SINI ), peruntukan untuk Ahli Parlimen Pakatan pula disalurkan kepada State Development Officer (SDO) yang akhirnya jatuh ke tangan Ketua Bahagian UMNO.. (bacalah di SINI)

Dalam masa yang sama Najib peruntukkan hanya RM200,000 untuk Ahli Parlimen dari Pakatan..

RM200,000 untuk satu Kawasan Parlimen yang ada 3 DUN di dalamnya.. cukup ke?

Laporan berkaitan...

Wakil rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu.

Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.

"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama.

"Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini.

Selain itu, ditanya adakah wakil rakyat BN akan kekal menolak wang peruntukkan tersebut, Shamsudin dengan tegas berkata: "kita menolak".

Ketika ditanya lagi sama ada mereka akan menerima sekiranya wang peruntukkan diberi sebanyak RM700,000, Shamsudin berkata, beliau tidak mahu membincangkan tentang perkara itu lagi.

"Perkara itu kita tak mahu bincangkan lagi," kata ADUN Sungai Burong ringkas.

Semalam, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015, Azmin berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun serta sejumlah RM100,000 setahun kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri ~ Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails