Thursday, November 20, 2014

ASTRO menipu Kerajaan dan Rakyat kata Bung Moktar (Video Inside)


“Berdasarkan perjanjian, ASTRO tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka di bawa kemahkamah,”

Itu adalah kata-kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat semalam.

Pasal perjanjian itu aku tak tahu, tapi kalau pasal iklan itu memang betul apa yang Bung Moktar kata..

Dah nak sama dengan TV3 atau lain-lain siaran TV yang percuma dinegara ini.. bezanya siaran TV percuma itu memperoleh keuntungan dari iklan yang disiarkan pihak mereka dan kita tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyaksikannya..

Manakala Astro pula..  kita membayar untuk menyaksikan iklan dalam masa yang sama pengiklan juga membayar kepada Astro untuk membolehkan iklan mereka disiarkan oleh pihak Astro..

Keuntungan berganda disitu...

19 NOV: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin mendakwa ASTRO menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan di saluran televisyen berbayar itu dan mahu tindakan diambil terhadap pihak berkenaan.

“Berdasarkan perjanjian, ASTRO tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka di bawa kemahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat, Rabu.

Katanya, ASTRO mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu.

“Tutup sahaja ASTRO ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan),” tegasnya.

Beliau sebelum itu mengecam syarikat berkenaan kerana menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini tetapi mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang mencelah mencadangkan kerajaan membuat kajian membenarkan penggunaan TV Digital kerana mutu siarannya lebih baik.

Beberapa ahli parlimen pembangkang turut bangun meminta kerajaan membenarkan penggunaan parabola supaya rakyar boleh menikmati lebih banyak siaran.

Kecaman Bung Moktar terhadap ASTRO turut mengundang pencelahan Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said.

“Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk ASTRO?,”’ usik Ismail kerana isteri Bung Moktar adalah pelakon Zizie Ezette dan ada dramanya turut disiarkan stesen berkenaan.

Usikan itu menyebabkan ahli-ahli parlimen gelak namun turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana,”.

Sementara itu ketika menjawab semua persoalan berkaitan ASTRO, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata iklan yang disiarkan hanyalah 10 minit bagi setiap sejam dan iklan adalah satu yang universal bagi sesebuah stesen televisyen berbayar.

Tambahnya ASTRO hanya menaikkan harga tahun ini selepas memperkenalkan empat saluran baru dan berdefinasi tinggi (HD).

Berhubung dakwaan ASTRO menawarkan harga yang tinggi, jelas Jailani pelbagai pakej yang ditawarkan oleh ASTRO untuk membolehkan setiap golongan mampu memilikinya.

Malah ASTRO turut menawarkan pakej Njoi yang hanya memerlukan bayaran RM200 sekali sahaja.

ASTRO memiliki hak eksklusif sehingga 28 Februari 2017 ~ BNBBC

Kroni siapa yang punya agaknya ASTRO ni.. sudahlah monopoli mahal pulak tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails