Monday, November 3, 2014

Eh.. Dia mengaku dapat RM20 untuk sokong Saiful? (Video Inside)


"Berdasarkan pemerhatian saya, saya percaya kain rentang dibuat secara profesional," kata Mark Trowell, seorang pemerhati antarabangsa yang juga seorang Queen Council selaku pengerusi bersama jawatankuasa tetap Lawasia bagi undang-undang jenayah.

Petang ini, kira-kira 100 penyokong Saiful berada di perkarangan Istana Kehakiman bersama membawa plakad dan kain rentang.

Selepas prosiding ditangguhkan terus melaungkan "Hidup Saiful" dan "Tangkap Anwar" dan meminta penyokong Anwar "balik rumah" walaupun mereka telah bersurai kira-kira jam 1.30 petang.

Malah, seorang penyokong Saiful memberitahu bahawa kehadiran kesemua penyokong pada hari ini bukan dibayar tetapi atas kesedaran mereka berhubung kes itu.

Menurut Mohammad Rashid Mokhtar yang mengetuai kumpulan penyokong Saiful, keluarga Saiful memberikan mereka T shirt, poster, makanan dan sedikit wang saguhati.

“Keluarga Saiful dan ada satu lagi NGO lain telah bagi barang seperti baju, makanan dan poster.

“Kalau ada pun lagi, mungkin setakat RM20 untuk duit rokok, apalah salahnya sebagai duit cenderahati kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita.


Sebelum itu, di sebelah pagi, hanya 30 penyokong Saiful mula berhimpun dengan memakai baju-T bewarna merah berkumpul sambil melaungkan "Hukum Anwar" dan "Belia benci Anwar".

Kehadiran mereka menarik perhatian kira-kira 50 penyokong ketua pembangkang tetapi tiada pergaduhan tercetus ketika itu dan mengundang rasa tidak puas hati dengan menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi.

Ini menyebabkan ada di antara penyokong Anwar membalas laungan tersebut dengan menjerit "Kena bayar RM30!".

Bagaimanapun, lima minit kemudian, penyokong Saiful beredar dan berkumpul pada jarak kira-kira 500 meter dari penyokong Anwar ~ Malaysiakini

 

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails