Sunday, November 16, 2014

Ahmad Maslan Akui GST Akan Sebabkan Harga Rumah Meningkat


"Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015".

Menurut ketua penerangan Umno itu lagi, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,”

“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

“Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya..

Itu kata Ahmad Maslan tentang GST hujung tahun 2013 yang lalu, dalam usahanya untuk terus memperbodohkan rakyat mengenai GST..

Tapi.. lain pula hari ini.. dia akui harga rumah akan naik kerana GST..


"Kenaikannya hanya satu hingga dua peratus sahaja dan bukannya tiga peratus seperti yang diumumkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan majlis penerangan CBP dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di Alor Gajah, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh dan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri KPKT Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai kenaikan harga rumah sebanyak tiga peratus berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Jangkaan itu berasaskan kenaikan harga bahan binaan selepas perlaksanaan cukai tersebut.

Ahmad bagaimanapun berkata kenaikan itu tidak begitu ketara dan hanya bersifat sementara kerana kerajaan telah melaksanakan beberapa kaedah bagi mengekang kenaikan harga rumah sejak Bajet 2014 lepas.

Beliau berkata antara kaedah tersebut termasuk meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah daripada 15 peratus kepada 30 peratus; meningkatkan harga rumah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembeli asing dan melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri Skim Pemaju Tanggung Faedah bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.

"Kerajaan Barisan Nasional juga dalam akujanji parti berhasrat mewujudkan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata kementeriannya menyokong langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengheret peniaga yang didapati menaikkan harga barangan sesuka hati ke mahkamah berbanding tindakan mengenakan kompaun.

Beliau berkata ia berikutan terdapat usaha pihak tertentu menaikkan harga barang pada masa ini kerana barangan tersebut akan mengalami penurunan selepas perlaksanaan CBP.

"Sebanyak 54 peratus barangan dijangka mengalami penurunan harga selepas CBP, jadi ada usaha menaikkan harga barang tersebut sebelum CBP," katanya. - Bernama


..... Kenaikkan sementara katanya.. tapi selama ini di negara kita ini ada ke rumah yang turun harga?

Ada ke barang yang naik harga lepas tu turun pula selain rokok yang sebelum ini naik RM1 lepas tu turun semula, kemudiannya naik pula RM1.50 pula?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails