Tuesday, November 25, 2014

Ahli Majlis Tertinggi UMNO setuju turunkan harga kereta mampu kurangkan beban rakyat..


Walaupun sokongan yang ditunjukkannya kelihatan agak lewat, namun itu adalah lebih baik dari terus berusaha menafikan kebaikkan yang ada disebalik kempen ini..

Biarpun berbeza pandangan politik namun tak salah untuk bersetuju dengan apa yang membawa kebaikkan untuk rakyat negara ini..

Dan beliau juga menyokong pendapat yang mengatakan dengan penurunan harga kereta ianya dapat membantu mengurangkan beban buat rakyat negara ini..

Beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah dilihat dapat dibela dengan pengumuman segera penurunan harga kereta berenjin 2,000 c.c ke bawah.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kerajaan harus segera melihat isu ini kebagai keutamaan selepas penghapusan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel yang diputuskan baru-baru ini.

"Kita fikir mengenai anak-anak muda yang baru bekerja dan berpendapatan rendah dan seberhana untuk memiliki kereta.

"Ia renteten penghapusan subsidi minyak baru-baru ini. Selain kereta, harga rumah juga diharap dapat diturunkan kepada golongan sasar berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Irmohizam berkata demikian ketika ditanya suara anak muda akhir-akhir ini yang mahu kerajaan mempertimbangkan penurunan harga kenderaan selepas kerajaan memutuskan harga runcit RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal, sekali gus menghapuskan subsidi bahan bakar berkenaan bermula 1 Disember ini.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menjelaskan, kerajaan perlu menetapkan mekanisme terbaik kawalan harga seandainya kenaikan harga minyak berlaku pada masa hadapan.

"Wujudkan penetapan harga akhir (siling), jika tidak rakyat sendiri akan sengsara dengan kenaikan harga minyak seandainya terjadi kelak.

"Fikir dan umumkan segera mekanisme untuk harga minyak ini, kita risau jika ia bakal membebankan anak muda terutamanya suatu hari nanti," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, pendapat itu harus dipertimbang kerajaan segera sebelum Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memanipulasi isu untuk kepentingan pembangkang.

"Seperti di Selangor sendiri, generasi muda sahaja berjumlah seramai 4.3 juta orang, banyak pandangan yang sudah diterima dan semoga kerajaan dapat memikirkan kaedah terbaik untuk menjamin pengekalan sokongan rakyat," jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari memberitahu, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Petanda awal positif ini juga menunjukkan keikhlasan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 ~ AstroAwani

Tentang ulasan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia tu pulak.. setahu aku apa yang diumumkan oleh Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda adalah potongan harga bukannya penurunan harga..

Nampak serupa tapi tak sama.. potongan harga bersifat sementara tapi turunkan harga bersifat kekal.. takkanlah yang tu pun dia tak tahu?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails