Saturday, November 15, 2014

6.7 Juta Warga Asing ada di Malaysia, tapi Imigresen kata tak masuk akal 30,000 warga asing di Cameron Highlands?


Semalam Malaysiakni melaporkan Jabatan Imigresen akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata operasi itu akan melibatkan agensi penguatkuasa antaranya Pejabat Daerah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan beberapa agensi penguatkuasa lain.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan risikan dan memantau perkembangan di kawasan tanah tinggi itu.

"Sejak Ops Gempak Ahad lepas yang menahan seramai 181 PATI, keadaan di sana menjadi lengang dan tidak ramai pekerja asing kelihatan di premis perniagaan dan kawasan pertanian yang diteroka secara haram oleh majikan yang menggunakan tenaga kerja warga asing," katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, beliau menyifatkan laporan media mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 warga asing di Cameron Highlands sebagai tidak masuk akal.

"Laporan itu sukar dipercayai tanpa sumber maklumat tepat. Bilangan pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan setakat ini berjumlah 11,016 orang.

"Daripada jumlah itu seramai 6,057 adalah warga Bangladesh yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pertanian (5,990 orang), perladangan (13 orang) manakala sektor pembinaan dan perkhidmatan berjumlah 54 orang," kata Sakib.

Seterusnya dia tuding jari kearah pelbagai pihak.. bacalah di SINI

Menariknya dalam hal ini ialah, pihak Imigresen telah melakukan hebahan akan melakukan operasi terhadap PATI yang ada itu.. jadi hasilnya nanti sudah tentu boleh dijangka..

Hanya segelintir saja yang dapat diberkas mereka kerana PATI yang ada tu sudah tentu akan disembunyikan atau menyembunyikan diri masing-masing..

Perlukah dilakukan hebahan ini sebelum dijalankan operasi?

Persoalannya yang mengatakan tidak masuk akal 30,000 warga asing berada di Cameron Highlands pula kelihatan seperti mahu mempertikaikan laporan media..

Sedangkan laporan dari Harian Metro hari ini mendedahkan sekurang-kurangnya dianggarkan terdapat 6.7 Juta warga asing yang bekerja di Malaysia.

Menurut laporan dari Harian Metro berdasarkan data dikeluarkan oleh Bahagian Teknoligi Maklumat dan Rekod Jabatan Imigresen Malaysia hingga Jun lalu, bilangan pekerja asing yang aktif bekerja di enam sektor utama di negara ini hanya mencecah 2.1 Juta orang selebihnya tiada dokumen.


Berdasarkan anggaran dikeluarkan Jabatan Imigresen pada 2013, didapati kira-kira 1.5Juta PATI bertaburan di Malaysia.

Saban tahun pertambahan makin ketara dan kebanjiran golongan itu dapat dirasai dipelbagai sektor pekerjaan.

Contohnya pada 2011 sebanyak 1,321,403 pekerja asing berdaftar secara sah untuk bekerja di Malaysia dan jumlah itu terus meningkat kepada 17% menjadi 1,595,162 orang pada tahun 2012.

Malah sehingga Oktober 2013 jumlah pekerja itu telah meningkat menjadi 1,965,870 orang dan terbaru pada Jun 2014 mencecah lebih 2 Juta orang.

Selain itu, kemudahan dasar pelancongan dan juga pendidikan menjadi faktor penyumbang warga asing ke Malaysia yang membolehkan mereka memasuki negara ini secara sah tetapi menetap terus di negara ini hingga tamat tempoh yang dibenarkan.

Ini menunjukkan sekurang-kurangnya 2 dari setiap 10  warga asing yang masuk secara sah kenegara ini tidak akan keluar semula dari negara ini.

Jumlah mereka yang tidak meninggalkan Malaysia membabitkan purata 20% daripada jumlah keseluruhan kemasukkan dan kemungkinan mereka akan terus menetap disini secara haram.

Statistik juga menunjukkan sejak 2011 hingga Januari 2014 sebanyak 482,847 visa pelajar dikeluarkan kepada warga asing.

Malaysia juga dijadikan lambakan PATI dan Pelarian khususnya dari Myanmar dengan statistik dikeluarkan UNHCR, PATI Myanmar yang berdaftar dengan mereka adalah 133,070 orang.

Persoalannya dimanakah silapnya kita hingga terpaksa menanggung beban kebanjiran warga asing yang begitu merimaskan ini sedangkan hanya segelintir pihak yang beroleh keuntungan darinya?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails