Wednesday, November 12, 2014

1MDB: Jawapan berbelit-belit, Rafizi mahu rujuk Ahmad Maslan ke JK parlimen


Jawapan "flip flop" Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam isu surat sokongan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara tidak langsung tidak menghormati Parlimen kata Pakatan Rakyat (PR), hari ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan Ahmad itu yang pada mulanya tidak menafikan adanya surat sokongan dikeluarkan tetapi kemudiannya mengatakan ia wujud jelas mengelirukan Dewan Rakyat.

"Ahmad Maslan dalam Parlimen menafikan sekeras-kerasnya ada surat sokongan tersebut apabila ditanya.

"Bagaimanapun ketika ditanya media beliau mengakui adanya surat sokongan itu," katanya sambil menunjukkan laporan akhbar The Edge yang menyiarkan mengenai kenyataan Ahmad itu.

Katanya, melihat daripada tindakan Ahmad yang jelas mengelirukan Dewan, Rafizi menghantar surat kepada speaker untuk merujuk Ahmad kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Kerana penafian Ahmad Maslan di Parlimen yang sudah dirakam dalam hansard, ada rekod dan bukti menunjukkan beliau mengelirukan Dewan.

"Dan kita pagi ini sudah hantar kepada speaker mengenai hal tersebut, " katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sementara itu The Malaysian Insider juga menyiarkan jawapan Ahmad Maslan mengenai perkara ini..

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini menafikan beliau mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengenai surat sokongan yang dikeluarkan untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  
Beliau berkata, merujuk kepada kenyataannya di Dewan Rakyat pada 6 November, hanya ada jaminan "explicit" dan bukannya surat sokongan.  
"Kenyataan surat sokongan itu sebenarnya tidak ada membawa maksud tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan 'explicit' kerajaan Malaysia selain terhadap jumlah RM5.8 bilion.  
"Jadi kenyataan saya tidak kelirukan Dewan dan tidak ada surat sokongan yang dikeluarkan kerajaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.  
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan PKR hari ini yang menyerahkan surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk merujuknya kepada Jawatan Kuasa Khas Parlimen kerana mengelirukan atas kenyataan surat sokongan dan jumlah hutang dijamin kerajaan.

Ada tak Ahmad Maslan jelaskan kenapa kenyataannya di dalam Dewan dan kenyataannya kepada The Edge tak sama?

Aku nampak tak ada pun...

Pihak mana yang dah dikelirukan oleh Ahmad Maslan?.. Dewan atau wartawan The Edge?

Tapi yang pasti sekarang.. kenyataan berbelit-belit Ahmad Maslan tu dah buat rakyat keliru..

Tapi apa nak dihairankan.. begitulah sifat pemimpin UMNO dan macai-macainya.. menjelaskan perkara yang tak perlu dijelaskan tapi mengelak dari menjelaskan bila diminta penjelasan..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails