Wednesday, October 1, 2014

Video James Foley dipenggal didakwa palsu..


Seorang wartawan dari Amerika Syarikat, James Wright Foley, 40, telah dipenggal kepala oleh kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai membalas dendam kepada Amerika Syarikat kerana melancarkan serangan di Iraq, 12 hari lalu.

Foley hilang sejak November 2012 selepas diculik ketika membuat liputan untuk agensi beritanya, GlobalPost di Taftanaz di utara Syria.

Imej kepalanya dipenggal itu telah dimuat naik dalam media sosial sebagai pesanan kepada Amerika Syarikat.

Selepas Foley dibunuh, ISIS memberi amaran bahawa seorang lagi wartawan majalah TIME, Steven Joel Sotloff, yang hilang sejak tahun lepas juga akan dibunuh selepas ini.

Sebelum dibunuh, Foley telah menyampaikan mesej kepada abangnya John, yang berkhidmat sebagai anggota tentera udara Amerika Syarikat.

“Saya akan mati hari ini John, apabila rakan sekerja awak mengugurkan bom ke atas mereka ini, Mereka (Amerika Syarikat) telah menandatangani sijil kemajian saya,’’ katanya.

Dalam mesejnya itu juga, Foley turut merayu diberikan masa sebelum dibunuh, supaya dia dapat melihat keluarganya semula.

“Saya berharap saya mempunyai banyak masa. Saya berharap mendapat kebebasan dan melihat keluarga saya semula namun semua itu telah berlalu. Saya berharap saya bukannya rakyat Amerika Syarikat,’’ demikian kata-kata menyayat hati Foley sejurus sebelum dibunuh. Agensi

Menariknya laporan berkenaan dengan mudah diterima oleh kita tanpa mempersoalkannya berbanding dengan masyarakat barat yang telah menghidu ini hanyalah satu lagi propaganda pihak US untuk menceroboh masuk ke negara-negara Arab yang berkenaan.

Kalau tak ada video di atas tu.. sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails