Thursday, October 9, 2014

Seorang Mangsa Letupan Di Bukit Bintang Maut


Seorang mangsa dalam kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur meninggal dunia pada pagi Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang merupakan pekerja joki kereta disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Terdahulu, Khairi berkata, dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya lapor mStar

Sementara itu Berita Harian melaporkan individu yang terbunuh itu telah dikenal pasti identitinya oleh pihak Polis..

KUALA LUMPUR: Mangsa yang meninggal dunia akibat letupan bom di Jalan Bintang, Bukit Bintang, dekat sini, pagi tadi dikenali sebagai Tiong Kwong Yie.  
Polis Kuala Lumpur sebentar tadi mengesahkan mangsa berusia 36 tahun dan berasal dari Sarawak.

Mangsa dilaporkan seorang pekerja joki kereta mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi meninggal dunia selepas itu.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails