Thursday, October 30, 2014

Prosiding rayuan akhir Anwar sambung esok keputusan Isnin


Pasukan peguam mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes liwat selesai membentangkan hujah rayuan di hadapan lima hakim di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman hari ini.
 
Ramkarpal Singh merupakan peguam terakhir pihak perayu selesai membentangkan hujah kira-kira pada pukul 1 petang.

Anwar yang ditemui sebaik sahaja sesi prosiding selesai yakin hujah yang dibentakan oleh pasukan beliau yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram.

"Penghargaan saya kepada dari hari pertama kepada Datuk Seri Gopal dan keterangan terakhir okeh Ramkapal sebaik mungkin dengan terperinci.

"Saya yakin tidak mungkin dan tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebalik melepaskan saya terhadap tuduhan fitnah jahat ini," kata Anwar.

Anwar mendakwa hujah rayuan yang dibentangkan pasukan cukup kukuh.

"Saya fikir apapun boleh dijawab termasuk cadangan peguam negara dan pendakwa untuk menambah hukuman tapi semua kenyataan jijik politik kerana keterangan yang di bawa ke mahkamah terlalu kukuh.

"Saya cukup yakin mana-mana mahkamah yang patuh pada undang-undang dan patuh kepada prinsip keadilan tidak mungkin membuat keputusan sebaliknya," kata Anwar.

Prosiding mahkamah bersambung esok kerana pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon kepada mahkamah untuk mengemukakan hujah balas.

Utusan juga melaporkan..

PUTRAJAYA 30 Okt.-Pasukan pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan hujah balas esok berikutan kegagalan pasukan peguam Anwar menyerahkan hujah bertulis.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, hujahan bertulis yang sepatutnya diserahkan pasukan perayu dua minggu lalu hanya diserahkan Selasa lepas. 

Muhammad Shafee berkata, pasukan pendakwaan sepatutnya membuat hujah balas pada pukul 2.15 hari ini.

"Tetapi saya minta ditangguh ke esok hari atas beberapa sebab. Pertama semua hujahan bertulis yang dikemukan oleh pihak perayu semuanya diberikan kepada kita hari Selasa. Sepatutnya diberi dua minggu sebelum.

"Kemudian mereka juga tergesa gesa permohanan meminda petisyen rayuan. Kita tidak membantah walaupun petisen itu merangkumi perkara-perkara baru yang dimuatkan dalam hujahan bertulis," 

Muhammad Shafee berkata hujah balas akan dibentangkan esok sehingga pukul 1 petang dan disambung pada Isnin juga sehingga pukul 1 petang.

"Semua hujah akan dibentang oleh saya," kata Muhammad Shafee yang ditemui sebaik sahaja barisan peguam Anwar tamat membentangkan hujah rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 7 Mac lalu Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantu beliau, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.-UTUSAN ONLINE

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails