Wednesday, October 22, 2014

PKNS nafi Azmin disiasat SPRM berhubung rasuah


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menafikan laporan media mengenai dakwaan kononnya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali disiasat berhubung salah laku rasuah.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim dalam satu kenyataan berkata perbadanan tersebut tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh Azmin ketika memegang jawatan sebagai Anggota Perbadanan PKNS.

Katanya, bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhak membuat siasatan malah PKNS bersedia memberikan kerjasama.

Beliau berkata, PKNS merupakan organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.

Baru-baru ini beberapa media tempatan melaporkan SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salah guna dana semasa memegang jawatan tersebut.

Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urusniaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral. – Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails