Monday, October 27, 2014

Peserta himpunan dibayar RM300 dan RM500 dakwa macai..


Apa yang aku tahu.. esok 28hb dan 29hb hanya satu perhimpunan yang akan diadakan di Istana Kehakiman,Putrajaya dan himpunan dinamakan 'Rakyat Hakim Negara'.

Ada juga khabarnya satu himpunan yang mungkin diadakan oleh pencinta jubur Saiful yang juga akan diadakan di tempat yang sama.

Tak adalah pula aku dengar akan ada perhimpunan LGBT sepertimana yang didakwa oleh macai ni.. 

Kononnya menurut beliau.. ada cubaan pihak tertentu mengadakan perhimpunan LGBT, di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya pada Selasa dan Rabu ini.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia JMM, Azwanddin Hamzah berkata beliau menerima laporan mengenainya daripada JMM di peringkat negeri.

Beliau berkata setiap peserta perhimpunan akan dibayar antara RM300 dan RM500, sumber dana penganjur juga dipersoal.

JMM akan membuat laporan polis dalam masa terdekat agar siasatan dilakukan.


Kalau himpunan LGBT yang dia maksudkan itu ialah himpunan 'Rakyat Hakim Negara', aku cadangkan kepada semua yang akan turun berhimpun tu.. cari mamat ni selepas perhimpunan tu dan buat tuntutan RM300 atau RM500 tu dari dia..

Sebab dia yakin ada pihak yang akan bayar.. jadi dia bolehlah buat tuntutan kepada pihak yang akan membayar seperti di dakwanya itu...

Ni tentatif program..

Mobilisasi Rakyat Hakim Negara pada 28-29 October

Tempat : Putrajaya
Tema : HITAM ( digalakkan memakai pakaian warna HITAM )

28 Okt 2014
8 pg - berhimpun di Istana Kehakiman,Putrajaya
9 pg - ketibaan DSAI/pimpinan

29 Okt
6 pg - Solat Subuh d Masjid Besi,Putrajaya
8 pg - berkumpul d hadapan Masjid Besi
8.30 pg - berarak ke Istana Kehakiman, Putrajaya
9 pg - ketibaan DSAI / pimpinan
9.30 pg - ucapan pimpinan/aktivis/wakil NGO dan persembahan sketsa , deklamasi sajak dll
4 ptg - dijangka keputusan penghakiman
9 mlm - himpunan Rakyat Hakim Negera dan amanat DSAI di hadapan HQ Parti Keadilan Rakyat,Tropicana ( sama ada DSAI dibebaskan/dipenjara/ditangguhkan, program tetap diadakan)

JK Mobilisasi RHN

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails