Wednesday, October 29, 2014

Penyokong Saiful pula cetus kekecohan di luar mahkamah


Selepas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan kekecohan pagi tadi, kini giliran penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Liwat II, memenuhi perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi menyatakan sokongan.

Melaungkan "Tangkap Anwar", "Lima Tahun Sungai Buloh" dan "Kalau lebih lagi bagus", mereka mula tiba kira-kira pukul 11 pagi dengan berpakaian kuning.

Jumlah kehadiran mereka kira-kira 400 orang, dilihat lebih ramai daripada semalam.


Kumpulan "Keadilan untuk Saiful" itu turut menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan menjulang sepanduk "Justice for Saiful", "PKR Jangan Ugut Mahkamah", "Hormati Sultan, Hormati Undang-Undang" dan lain-lain.


Bagaimanapun, mereka dipisahkan 200 meter daripada kumpulan "baju hitam" pro-Anwar dengan pagar penghadang dipasang Perbadanan Putrajaya.

Penyokong Anwar hadir lebih awal sejak pukul 8 pagi tadi dan membina pentas mini bagi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis berucap lapor The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails