Thursday, October 30, 2014

Penyokong Saiful dakwa penyokong Anwar dapat RM300


Beberapa penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan menafikan mereka dibayar untuk hadir di Istana Kehakiman di Putrajaya sejak Selasa lalu.

Sebaliknya mereka mendakwa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibayar RM300 setiap hari.

Namun tinjauan Kinitv mendapati penyokong pembangkang menafikan dakwaan berkenaan.


Bayar sangatlaa...

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Yahya Saari berkata, tidak ada seorang pun penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya dibayar.

Beliau berkata, semuanya hadir secara sukarela sejak kelmarin, semalam dan hari ini.

"Tuan-tuan dan puan-puan, terima kasih kerana datang tanpa ada sebarang bayaran. Kita hadir dan sokong Anwar kerana kita ikhlas dan yakin dia difitnah. Ada ke siapa-siapa sini yang datang kerana dapat duit," tanyanya sambil dijawab 'tidak' oleh penyokong yang hadir.

Yahya berkata demikian semasa berceramah di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya di sini hari ini.

Menurut Yahya, semangat penyokong Anwar menunjukkan mereka sanggup bersusah payah semata-mata menyokong Ketua Umum PKR itu.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati kehadiran penyokong Anwar semakin berkurangan hari ini memandangkan rata-rata tidak menjangka perbicaraan yang ditetapkan selama dua hari itu akan berpanjangan.

Selepas itu, kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut menunaikan solat Zohor secara berjemaah di perkarangan Istana Kehakiman, walaupun Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin terletak berdekatan. 

Mereka kemudiannya beredar selepas perbicaraan pada sebelah petang ditangguhkan esok.--MalaysiaGazette

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails