Tuesday, October 21, 2014

Penganjur "I Want To Touch A Dog" dedah surat sokongan dari MAIS..


Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.

Tamyes berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

"Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

"Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri." Katanya, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.

"Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama," katanya.

Ditanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu, beliau mengalu-alukannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan," katanya.

Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut ~ The Malaysian Insider

Namun, gambar yang diperoleh dari Facebook Syed Azmi dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi 'lampu hijau' pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014.

Menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis "Penganjur 'IWTTAD' untuk makluman selamat maju jaya."

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails