Monday, October 20, 2014

Pegang Anjing.. Apa kata Ustaz Azhar Idrus (Video Inside)


Semalam telah berlangsung acara “I Want to Touch a Dog” di Central Park, Bandar Utama dekat Petaling Jaya dan dilaporkan kebanyakkan media ianya mendapat sambutan yang luarbiasa dari umat Islam.. 

Malaysiakini melaporkan.. Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Terdapat juga ibu-bapa beragama Islam membawa anak-anak mereka ke acara itu bagi memberi pendedahan dan menyentuh haiwan berkenaan.

Bagi penganjur acara berkenaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari ini.

Katanya, objektifnya untuk mengadakan acara ini juga tercapai apabila rata-rata yang hadir memberi respon positif kepadanya.

"Sambutan amat menggalakkan. Walaupun acara ini hanya dua jam, tapi rasanya ia amat mencukupi. Saya rasa bagus dan objektiftercapai. Apa yang penting kita dapat tengok masyarakat yang majmuk saling membantu.

"Hari ini juga ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," katanya kepada Malaysiakini.

Kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut ianya adalah haram dan punya unsur menghina Ulama..

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut menasihatkan umat Islam tidak mencipta budaya bercanggah dengan Islam dan mempunyai unsur menghina ulama.  
Beliau mengulas penganjuran program menyentuh anjing - I Want To Touch a Dog - semalam.  
Beliau menegaskan haram menyentuh anjing dengan sengaja kerana ia najis mughallazah yang dipandang serius oleh mazhab Shafie dan Hanbali.  
"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam.  
"Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie. "Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini. 
"Usahlah menjadi hero dengan menimbulkan pendapat terpencil yang tidak boleh digunapakai.  
"Alasan fuqaha (ahli fekah) mengenai membela anjing cukup jelas iaitu ia akan menakutkan tetamu, berkurangan pahala satu qirot (satu qirot bersamaan bukit Uhud di Madinah), malaikat rahmat tidak memasuki kediaman dan tabiat anjing suka menjilat.  
"Imam al-Nawawi menyatakan tiga alasan membolehkan membela anjing iaitu menjaga tanaman, ternakan dan berburu," katanya seperti dilaporkan Berita Harian ini. 

Berikut pula adalah ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai saja-saja pegang Anjing ni..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails