Monday, October 20, 2014

Baguslah!! NGO Pro UMNO di Pulau Pinang dah sedar akhirnya...


Aku ingatkan isu mengenai tanah TUDM di Butterworth ni dah berjaya diselesaikan oleh UMNO/BN Pulau Pinang.. tapi masih tak berjaya diselesaikan lagi rupanya..

Sebab pada April lalu dah dilaporkan pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang akan menemui Najib untuk membincangkan isu ini..

Rentetan itu semalam satu demo telah diadakan oleh NGO-NGO yang kebanyakkannya merupakan Ahli UMNO di hadapan Pengkalan TUDM Butterworth semalam..



Apa yang kita perlu tahu ialah..

Cadangan penempatan semula dan pembinaan semula pangkalan TUDM akan dikendalikan oleh TSR Capital Berhad, yang merupakan kongsi dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd.

TSR akan memegang saham 51% manakala LTAT dan Bukit Timah akan memegang 30% dan 19% selebihnya.

Dalam pengumumannya di Bursa Saham, TSR mengatakan Putrajaya akan membayar syarikat tersebut melalui pertukaran tanah pada nilai pasaran semasa plot kerajaan.

Akaun Kumpulan Kewangan TSR Ng Kim Keong dilaporkan pada Februari mengatakan pembangunan yang dicadangkan akan berlanjutan untuk sedekad, dibahagikan kepada enam fasa yang bernilai RM500 Juta setiap satu.

TSR mulanya perlu mengambil tanah tersebut untuk pemindahan pangkalan baru, yang mungkin akan memakan belanja RM3 bilion, termasuk kos tanah.

Ng dipetik dalam laporan berkata "Ia mungkin lebih murah memandangkan kita sedang mencari tanah yang jauh dari bandar."

Pangkalan tersebut kini di tanah berhadapan dengan laut, bertentangan dengan Pulau Pinang dan kira-kira 8 kilometer daripada Butterworth.

Perjanjian cadangan tersebut masih di dalam tahap perundingan dan hanya akan ditandatangani tahun hadapan.

Selepas perjanjian tersebut ditandatangani, TSR akan mengambil masa empat hingga lima tahun untuk membina pangkalan baru TUDM itu.

Pelan pembinaan semula itu, termasuk pertukaran tanah, disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen pada 18 Mac.

Tapi masaalahnya ialah pembangunan ini dalam masa yang sama akan akan memberi kesan besar ke atas penduduk dan memberi impak kepada kepada geopolitik Teluk Air Tawar.

Dalam lain ayat ianya akan membawa padah kepada UMNO dan BN kerana ianya akan melibatkan penempatan semula sekurang-kurangnya 13 buah kampung berhampiran dengan TUDM.

Dan dalam masa yang sama 'Undi Pos' yang menjamin kemenangan BN bagi kawasan Parlimen di kawasan itu juga akan hilang dan sekaligus menggugat DUN-DUN yang dikuasai UMNO disekitar kawasan itu.

Selain itu rakyat tempatan  dijangka tidak akan mendapat manfaat daripada pembinaan semula pangkalan itu.

Kerana projek pembangunan ini dijangkakan untuk menjadi pembinaan-campuran yang bertujuan membuat keuntungan, memandangkan kos tinggi para pemaju perlu tampung dalam pemindahan dan pembinaan semula pangkalan TUDM itu.

Rakyat biasa Pulau Pinang besar kemungkinan hanya mampu melihat kerana tidak akan dapat mampu membeli sebarang unit di sana..

Bagus tindakan UMNO ini sebenarnya... teruskanlah hingga projek dibatalkan..

Laporan berkaitan..

Seramai 200 penduduk kawasan Teluk Air Tawar, di Butterworth dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth bagi membantah cadangan penswastaan kawasan berkenaan.  
Pengerusi Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin yang mengetuai perhimpunan itu berkata cadangan penswastaan itu akan mengusir penduduk tempatan yang telah menetap di kawasan berkenaan sejak puluhan tahun.  
"Seperti cadangan pembinaannya, kawasan ini pasti akan diduduki oleh orang kaya dan bangsa asing sahaja dan penduduk di sini terutama orang Melayu tidak akan mampu membelinya.  
"Kami nampak tindakan itu seperti proses ‘menghalau’ penduduk Melayu secara halus di kawasan berkenaan dan saya juga difahamkan sebanyak 13 buah kampung di kawasan berkenaan akan lenyap," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman berkenaan,di Butterworth semalam. 
Perhimpunan aman kira-kira 30 minit itu turut disertai ADUN Teluk Air Tawar Datuk Jahara Hamid.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Datuk Ismail Yahya berkata cadangan itu merupakan satu kerugian kepada negara memandangkan tapak pangkalan TUDM berkenaan begitu strategik sebagai lokasi pertahanan negara. - Bernama

Dan yang paling penting ialah ianya juga membuktikan kepada umum bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menghalau Melayu... tapi depa kata dia ni..

Lihat apa yang terpapar dalam salah satu banner di bawah ni..


Maksud aku.. banner yang tulis "Aku cari Al-Ghazali.. tapi terjumpa TSR"..

"Aku cari Al-Ghazali.." ayat siapa tu agaknya??

Gambar-gambar datangnya dari sahabat dari UMNO yang kelokasi demo..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails