Wednesday, October 1, 2014

Mahathir tegur kerajaan naik harga petrol melalui Twitter?.. Bila masa pulak Mahathir ada akaun Twitter?


Harakahdaily melaporkan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Beliau yang menegur melalui laman twitter menyatakan kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya mengurangkan subsidi secara mendadak.

"Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara," tulis beliau melalui twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi malam ini.


Tambahnya, keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel itu mengakibatkan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat.

"Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang serta membebankan rakyat," ujar beliau lagi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Berikutan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter..


Ha.. ha.. ha... tentu ramai yang merasa kehairanan bila membaca apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi PAS iaitu Harakahdaily itu..

Mahathir tiba-tiba bersuara melalui twitter membelasah pentadbiran Najib dalam isu kenaikkan harga minyak sebanyak 20 sen mulai 12.01 tengah malam ini..

Malah ada beberapa blogger Pro PR yang sudah menggunakan laporan Harakah itu untuk menyerang Pentadbiran Najib..

Malangnya  twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi itu bukanlah suara Tun Mahathir, ianya adalah milik macai yang meminati Tun..


Akaun tersebut merupakan antara akaun yang dikesan menggunakan menggunakan gambar dan nama Tun Mahathir selain @TheRealDrm dan @tun_mahathir.

Ketiga-tiga akaun twitter ini cuba menampilkan seolah-olah mereka merupakan suara Tun mahathir di alam Twitter.

Malah twitter, @TheRealDrM dan @Tun_Mahathir secara jelas memberi gambaran seolah-olah ia merupakan twitter milik Tun Mahathir.

Bagaimanapun menurut pegawai kepada Tun Mahathir, Sufi Yussuf menyatakan Tun Mahathir tiada sebarang akaun Twitter.

Jadi sebarang kenyataan atau pandangan melalui akaun Twitter yang menggunakan nama atau gambar Tun Mahathir bukan kenyataan sebenar dari beliau.

Lapor MyKemut di SINI suatu masa lalu..

 

Diminta pengarang berita untuk Harakahdaily banyakkan membaca...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails