Tuesday, October 28, 2014

Kekecohan tercetus bila baju 'Justice for Saiful' dibakar.. (Video Inside)


Kekecohan tercetus di luar Istana Kehakiman di Putrajaya ekoran tindakan beberapa orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membakar objek dan cuba merempuh sekatan polis.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 11.40 pagi itu, individu berkenaan dilihat membakar dua helai baju-T sambil yang memaparkan gambar pengadu kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan.


Individu berkenaan, yang masih belum dikenalpasti setakat ini, kemudiannya dilihat cuba merempuh penghadang besi di hadapan kompleks mahkamah itu.

Individu berkenaan bagaimanapun ditenteramkan oleh beberapa orang petugas Skuad AMK, dan seterusnya membawa kumpulan itu jauh daripada kira-kira 500 orang yang berhimpun di sekeliling sekatan berkenaan.

Seramai kira-kira 60 orang anggota polis berkawal di sekeliling sekatan berkenaan.

Sementara itu, setiausaha agung PKR Rafizi Ramli pula ketika ditemui pemberita mengakui bahawa jumlah kehadiran penyokong seramai 500 orang hari ini kurang memberangsangkan.

Bagaimanapun, beliau percaya jumlah kehadiran itu akan meningkat pada hari esok, yang merupakan hari terakhir pendengaran rayuan Anwar dalam kes Liwat II.

"Saya rasa orang akan datang esok sebab hari ini hari bekerja dan perbicaraan ini dua hari. Kita dapat maklumat orang ramai akan turun esok.

"Esok kita jangkakan lebih ramai dari hari ini," katanya kepada pemberita di luar kompleks mahkamah lapor Malaysiakini





Hmmm... siapa yang bakar tu memang BENGONG!!.. sama bengongnya dengan penyokong mamat yang bakar bendera Jepun dulu tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails