Friday, October 31, 2014

Jika tak dapat RM3 juta, Abu Sayyaf nakpenggal kepala tawanan Malaysia


Kumpulan militan Abu Sayyaf mengugut memenggal kepala penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin jika wang tebusan berjumlah RM3 juta tidak dibayar pada November.

Isteri Chan, Chin Pek Nyen berkata, kumpulan militan itu bagaimanapun tidak menetapkan tarikh tertentu namun mengingatkannya bahawa mereka akan membunuh suaminya jika permintaan tidak dipenuhi.

"Mereka (Abu Sayyaf) memberitahu saya bahawa mereka akan menghantar kembali kepala Chan jika saya gagal membayar wang tebusan," kata Chin yang dipetik mStar Online.

Chin, 42, berkata demikian pada sidang media di sini sambil merayu kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya meningkatkan usaha untuk membebaskan suaminya.

Beliau berkata ancaman daripada penggas itu diterimanya menerusi panggilan telefon semalam.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya cuba untuk meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan bagi mengumpul wang itu.

"Tapi berapa ramai orang boleh bagi pinjaman, saya memerlukan bantuan kerajaan," katanya.

Chan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lalu dipercayai berada dalam keadaan selamat.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails