Sunday, October 26, 2014

Ibrahim Ali baru sedar ke Tanah Rizab Melayu semakin berkurang?


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa isu tanah rizab Melayu yang semakin pupus harus dipandang serius oleh semua pihak.

Menurutnya lagi, ia juga harus dijadikan agenda nasional agar pihak berkuasa boleh merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah sebelum menjadi semakin teruk.

“Baru-baru ini media telah mendedahkan bahawa tanah rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus sahaja,” katanya pada majlis Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu: Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera di Dewan Utama Pusat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di ibu negara.

Tambah Ibrahim lagi, pihaknya juga mendesak supaya Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian yang lebih tentang kehilangan tanah rizab Melayu ini.

“Kita mendesak supaya Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian yang lebih tentang kehilangan tanah rizab Melayu ini dan tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Bukan itu sahaja, bagi mengelakkan supaya masalah itu menjadi semakin berleluasa, Perkasa turut mencadangkan satu jawatankuasa khas berhubung tanah rizab Melayu ditubuhkan.

“Kita juga meminta supaya pihak kerajaan menghentikan pemberian tanah anugerah kepada mana-mana pihak.

“Tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan hendaklah dijadikan tanah rizab Melayu bagi menggantikan tanah rizab yang telah hilang sebelum ini,” katanya lagi lapor Free Malaysia Today

Antara contoh bagaimana tanah rezab Melayu hilang.. bacalah di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails