Friday, October 31, 2014

Hujah Pendakwaan Kes Tuduhan Liwat Anwar Disambung Isnin Dan Selasa


Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah baru sahaja menamatkan hujah balas rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditemui beliau berkata, beliau telah membentangkan kira-kira 20 peratus hujahan. Hujahan balas akan bersambung Isnin nanti sehingga 1 petang dan pada hari Selasa.

Muhammad Shafee menolak teori konspirasi kononnya kes berkenaan bagi menjatuhkan kedudukan Anwar.

Kata beliau, kes ini adalah kes penderaan seksual antara majikan dan pekerja iaitu antara Anwar dan pembantu beliau, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Muhammad Shafee berkata, kes penderaan seksual tidak hanya berlaku kepada wanita tetapi juga kepada lelaki.

Dalam kes ini Muhammad Shafee menegaskan Mohamad Saiful Bukhari mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan.

Sebelum itu Shafee telah dilaporkan yakin bahawa Anwar tetap bersalah..

Barisan Pendakwaan telah sekian lama bersedia dalam membahaskan hujah kuat pada sesi pembentangan kes rayuan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula hari ini dan disambung pada hari kedua iaitu Isnin depan.  
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai barisan pendakwaan berkata, pihaknya akan menjawab setiap isu yang dibangkitkan pembelaan bagi mempertahankan keputusan mahkamah terhadap Ketua Pembangkang itu.  
"Memanglah dia (Anwar) yakin menang. Anda harus yakin dengan kes dan hujah sendiri. Itulah tujuan prosiding rayuan dilaksanakan oleh mereka. Kalau tidak yakin, tak bermaknalah sesebuah rayuan.

"Maka, samalah juga dengan kami (pihak pendakwa). Kami juga yakin dalam pembentangan hujah kami.  
"Dalam sesebuah perkara sentiasa ada dua sisi. Kami boleh menjawab semua isu yang diketengahkan oleh pihak pembelaan itu.  
"Itulah keindahan dunia undang-undang," katanya kepada pemberita sejurus keluar dari kamar Mahkamah Persekutuan di sini semalam.  
Turut bersama dalam membahaskan hujah pendakwaan kes ini peguam Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria Shafee mengulas reaksi Anwar yang begitu yakin bahawa dirinya akan bebas daripada hukuman pertuduhan kes liwat.  
Anwar turut memuji dan optimis dengan kesungguhan penghujahan yang dibuat oleh pasukan pembelaannya.  
"Mereka begitu hebat dalam penghujahan. Saya percaya selepas ini tiada lagi sebab atau hujah yang munasabah untuk mensabitkan saya dengan pendakwaan ini.  
"Apatah lagi ada usaha untuk menambah pula hukuman yang sedia ada," ujarnya.  
Ketua Umum PKR itu diwakili oleh empat peguam iaitu Datuk Seri Gopal Sri Ram, N. Surendran, Sangeet Deo Kaur dan Ramkarpal Singh ~ RakyatNews

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails