Sunday, October 26, 2014

Harga Gas Masak Naik 50 sen? Bukannnn.. cuma insentif saja yang dikurangkan..


Harga gas masak tu tak naik sebenarnya tapi yang naik ialah kos penghantarannya saja.. kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad.

Betullah tu.. harga gas masak memang tak dinaikkan cuma pengguna saja kena bayar lebih lagi 50 Sen bagi setiap selinder Gas Masak dari jenama Solar.

Menurut pekeliling mereka mereka bukannya menaikkan harga gas itu tetapi cuma memotong insentif jualan yang diberikan kepada pengedar sebanyak 50 sen setiap selinder..

Macam Kerajaan Barisan Nasional jugaklah.. mereka bukannya menaikkan harga minyak cuma mengurangkan subsidi saja.. biarpun hakikatnya rakyat terpaksa menambah lagi 20 sen bagi setiap liter minyak..

Malangnya ada jugak macai yang terpedaya dengan ayat memperbodohkan rakyat tu..

Harga gas memasak kekal

Harga silinder gas memasak kekal pada harga kawalan iaitu RM26.60 setong.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, LPG merupakan produk atau barangan yang dikawal harganya di bawah Akta Kawalan Harga iaitu pada harga RM26.60 bagi satu silinder berat 14 kilogram.

Beliau merujuk kepada penyebaran notis di laman sosial mengenai kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) yang mana Summit Petroleum (M) Sdn. Bhd. dikatakan mengambil keputusan untuk mengurangkan kadar kerugian yang ditanggung dengan memotong insentif jualan yang diberikan kepada pengedar sebanyak RM0.50 setiap silinder bermula 1 November depan.


Menurut notis berkenaan, pengeluar jenama Solar Gas berkenaan melakukan pengurangan itu disebabkan kenaikan kos produk LPG yang merangkumi kos perkapalan serta kenaikan belian premium produk.

Jelasnya, disebabkan itu mereka terpaksa menaikan harga jualan daripada harga sedia ada memandangkan sumber kewangan bagi menampung kos operasi perniagaan bergantung kepada insentif yang diberikan itu.

“Harga silinder gas tetap kekal pada harga kawalan iaitu RM26.60 dan apa yang dinaikkan harga oleh pihak peruncit ialah kos penghantaran dari kedai ke rumah pelanggan,” kata Alias.

Jelasnya, dalam kes notis berkenaan, insentif jualan kepada peruncit dikurangkan sebanyak RM0.50 berikutan keputusan yang dibuat pengeluar yang mengurangkan insentif kepada stokis ekoran kenaikan kos penghantaran.

“Bagi pengguna yang membeli dan membawa sendiri silinder berkenaan ke rumah, mereka akan tetap membeli dengan pada harga kawalan berkenaan,” katanya kepada The Rakyat Post

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails