Tuesday, October 28, 2014

Hanya satu media Antarabangsa dibenar buat liputan kes Liwat II?


Pengamal media yang hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini melahirkan rasa kesal selepas hanya 18 agensi media dibenarkan membuat liputan perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata orang ramai disekat daripada mendapat laporan adil perbicaraan mahkamah ekoran hanya beberapa media bebas dibenarkan masuk.

"Apa motif hantar RTM untuk dengar perbicaraan? Mereka hanya benarkan satu agensi media antarabangsa.

"Saya tak curiga kerajaan mahu mengurangkan laporan yang mencemarkan institusi kehakiman. Ada dua atau tiga media online dibenarkan masuk, kita hanya bergantung kepada laporan mereka," katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman.

Wartawan yang mula berhimpun di Istana Kehakiman hari ini kesal apabila hadir seawal jam 5.30 pagi, namun media terpilih sahaja dibenarkan masuk.

Difahamkan hanya AFP selaku media antarabangsa dibenarkan membuat liputan perbicaraan pada hari ini lapor The Malaysian Insider

Ni laporan dari wartawan Utusan

Petugas media yang akan membuat liputan dari dalam mahkamah sedang menanti kebenaran masuk. Nama mereka dipangil satu persatu

Senario tetap sama di mana wartawan yang membuat liputan diminta emel nama dan organisasi awal-awal lagi namun nama tidak tersenarai dan tidak dipanggil oleh anggota polis.

Tidak dapat masuk walaupun nama diberi awal.
Lima tapisan dilalui wartawan sebelum dibenarkan masuk ke dalam mahkamah. 
Nak tutup apa agaknya?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails