Monday, October 20, 2014

GEMPAR!! Ada Ahli Politik makan hasil dari pusat judi haram di Perak...


Nak percaya dengan tak percaya.. sama banyak saja aku sebabnya yang kata ada ahli politik dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di Perak ni ialah Zahid Hamidi..

Sebabnya dah berapa kali dia buat gempar macam ni.. tapi kesudahannya habukpun tak ada..

Masa berlaku pencerobohan di Lahad Datu dulu tu dia kata dia ada bukti beberapa pemimpin Pembangkang menjadi dalang bagi pencerobohan oleh pengganas dari Sulu tu..

Hari berganti hari.. minggu berganti minggu.. bulan berganti bulan.. tak ada tangkapan dan dakwaan yang melibatkan pemimpin pembangkang berkaitan pencerobohan itu.

Kemudiannya dia tuduh Mat Sabu mengamalkan ajaran Syiah semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 pulak siap dengan bukti Gred A lagi.. tapi sampai sekarang tak keluar-keluar bukti dia tu..

Ahmad Zahid semasa membuat ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno awal bulan ini memberikan kuasa kepada Jakim untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama.

Sudahnya dia yang kena saman dengan Mat Sabu pasal fitnah.. patutlah macai gelar dia Menteri Tin Kosong.. cakap saja lebih perlaksanaannya hampeh..

Kalau betul apa yang dia dakwa ni.. dedahkan sajalah nama pemimpin tu biar semua rakyat terutamanya yang mengundi individu itu tahu siapa dia..

Aku yakin tak ada rakyat Malaysia yang waras (kecuali taksub membabi buta) akan kekal menyokong pemimpin yang terbukti bersekongkol dengan penjenayah..

Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya. - Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails