Sunday, October 19, 2014

Gambar intim palsu, Zairil akan saman mereka yang cipta gambar itu...


Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencipta gambar intim dia dengan ahli DAP Dyana Sofya Mohd Daud sambil menambah gambar-gambar itu adalah palsu.

"Ini benar-benar politik longkang pada tahap paling rendah.

"Saya tidak tahu bagaimana gambar-gambar ini muncul, kami sedang berbincang apa sahaja pilihan undang-undang yang kita ada," katanya.

Dyana, 27, berkata dia merasa jijik pada politik longkang yang diamalkan terhadap pembangkang tetapi berkata beliau tidak akan tunduk ke tahap yang rendah dengan mengulas mengenai perkara itu.

Menurutnya, ini bukan kali pertama gambar palsu digunakan untuk menyerang beliau.

"Ia menjijikkan bagaimana mereka terus menggunakan politik longkang... Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah dan saya sangat marah.

"Ini adalah politik longkang dan saya yakin ia tidak akan menjadi kali terakhir," katanya dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider hari ini.

Gambar yang mereka dakwa palsu dimuatnaik ke dalam akaun Facebook yang didakwa dimiliki oleh Zairil awal pagi ini.

Pengguna media sosial ini juga terbawa-bawa dengan berita tentang mereka berdua dalam gambar bersama-sama, dengan pengguna Twitter, @Amshar_Aziz berkata:

"Jadi gambar Zairil mencium Dyana tersebar seperti api di Internet. Satu lagi usaha yang buruk untuk pembunuhan karakter."

Satu lagi pengguna @azizisafar berkata: "Politik longkang? Kelihatan seperti dia dan dia, tapi bukan mereka? Telefon digodam? Dicuri?"

Dyana pun ternyata mengulas mengenai perkara itu di bawah akaun Twitter beliau @dyanasmd: "Sigh. Tidak lagi."

Dia juga menulis tweet: "Masa untuk mengambil gambar bikini sebenar!", sambil menambah, "Okay saya main-main... "

Dyana, yang merupakan calon DAP di pilihan raya kecil Teluk Intan yang kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dengan 238 undi pada bulan Mei.

Dalam tempoh kempennya, beliau juga diserang dengan isu kewanitaan dan blogger BN yang berkata beliau memakai bikini ~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails